Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Sunday, July 18, 2010

Antara tugas dan ideas..buku ketiga

   Bekerja sebagai pendidik, bulan Julai sehingga okt adalah bulan genting. Terlibat sama dengan murid yang akan mengambil peperiksaan percubaan, Pmr atau pun SPM, guru merupakan individu yang paling sibuk. (kadang-kala lebih sibuk daripada murid sendiri kerana terdapat murid yang tidak ambil peduli)


Teringat saya akan seorang murid saya, yang kerap sangat keluar daripada kelas kerana terlibat dengan aktiviti di luar kelas, saya menegurnya dengan berkata, "awak ni, kerap sangat keluar kelas, nanti banyak yang awak tertinggal. Sudah 3 minggu awak tak masuk kelas." Jawapan yang diberikannya buat saya 'pening lalat'. Dia,"kalau dalam kelas pun, saya tak belajar juga cikgu". Hah! Kalau begitu jawapannya, fahamlah sendiri. Dia sendiri tidak kisah dengan keputusan akademiknya.! Cikgu sahaja yang terlibut 'menyebukkan diri'.
   
        Selepas siap dengan soalan trial, perlu memastikan silibus dihabiskan, kalau sempat akan mengulangkaji bersama murid.Kalau tidak, terpulanglah kepada mereka sendiri. Sering rasa bingung dengan sistem pendidikan negara kita, silibus kita terlalu banyak untuk diuruskan, pada masa yang sama, mereka mahukan kita terlibat dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Minggu Bahasa, Minggu Anti-Dadah, Bulan Kemerdekaan dan sebagainya. Kecut perut cikgu takut kalau silibus tidak dapat dihabiskan. Buat kelas tambahan, itulah saya perkataan yang dikatakan dengan guru..Jika tidak habis silibus, perlu lakukan kelas tambahan. Saya! saya tidak sanggup. Saya mengajar  4 kelas SPM, bermakna 4 kelas tambahan.. tidak sanggup! dan mungkin bukan sekadar 4 kali, mungkin 4 x 3 kali kelas.. aduhai! Bleh lemas di dalam kelas. Itupun pertengahan penggal saya sudah lakukan 4 kali kelas tambahan, bagi murid yang lemah, malangnya yang datang, bukan yang lemah, tapi yang sudah bijaksana.. hmm. 

   Ideas menulis pula datang mencurah-curah. Atually storyline sudah ada, perlu tuliskan sahaja. Alhamdulillah, ramai yang membantu apabila saya perlukan maklumat. he he.. seronoknya. Seorang murid saya, (kini di Perth) kebetulan saya habiskan masa sehari bersamanya beberapa minggu lepas, akan membantu saya 'in put'kan maklumat mengenai manuskrip ketiga, kasi cun sikit. Seperti biasa, saya sukakan cerita dan elemen menarik dari luar negara, bukannya cuba 'menganak tirikan Malaysia', cuma cerita luar negara akan imbangkan maklumat Malaysia juga. Saya kira, dalam buku, kalau ada kedua elemen, dalam negara dan luar negara, lebih menarikkan... kali ini tumpuan saya di Perth, Bali, Sudan dan Vannes Perancis. Elemen klise: kesempurnaan, cita-cita dan impian. Teman wanita kawan saya (pramugari) akan membantu dalam meletakkan watak dalam novel. Wah, seronoknya apabila ramai yang sedia membantu!

   Tengah cari mood lebih sikit untuk bercinta.. ha ha.. maklumlah, apabila sudah berkahwin, perasaannya tidaklah serindu masa bercinta.. (sebab tak sempat mahu rindu sudah bertemu lagi.. ha ha ha) jadi, memikirkan bagaimana mahukan perasaan rindu itu datang lagi.. (perlulah bayangkan semasa perjauhan dengan suami ketika tahun2 awal perkahwinan, saya di Langkawi, dia di KL) feeling: he he

   Seorang bekas murid saya di Sudan, jadi dia akan membantu saya dengan elemen Sudannya.Wah bestnya! Eleman lain, poligami... yang lain, p/s.. seperti kata Datuk Siti Nurhaliza...   Biarlah Rahsia...

No comments: