Day 11 setelah peristiwa terjatuh...
Berkurung dalam rumah sebegini lama, bukanlah diri saya sebenarnya.. Walaupun suka berada di rumah, especially mengadap laptop di bilik, my work station, sekurangnya sekali/ sehari (dalam seminggu) saya mesti keluar juga. The more tension, the more, getting out. Saya akan menonton wayang ke?or just having window shopping.... Memikirkan kaki ini, tidaklah mahu mengambil risiko.. sebenarnya tidak sabar mahu melompat seperti katak kembali.. he he he..
Menonton dvd, tidak akan sama dengan menonton wayang, skrin yang besar, kerusi, semuanya berbeza. Cuma kuatir, maklumlah, benda yang kita tidak nampak, perlulah berjaga lebih sedikit. Agak letih... mungkin agak jemu berada di rumah... cuma menuhi masa dengan membaca, menonton, research, etc.. masih terasa jemunya, mengantuk.. ada waktunya, tidak begitu mengantuk pun, boleh tertidur juga. Jemunya!
Day 12, isnin.. Hari pertama di sekolah. kaki mulalah terasa sakit giler sebab banyak berjalan, naik turun tangga. adus! bagaukan ada jarum halus yang menusuk ke dalam tulang.. sesekali ber'auw- auw sendirian.. terfikir, mahu ke klinik? hospital (huuh tak sanggup: kalau sekadar memberi ubat menahan sakit, ubat sapu dan menunggu secara percuma selama 6 jam) atau boleh mencuba bomoh patah. Hari Isnin lepas ketika di klinik, saya disarankan oleh seorang auncle berbangsa India agar mencuna bomoh patah di Kpg Sg Penchala. Saya asyik terfikir-fikir juga, mungkin ini solusinya.. tidak salah kaalu mencuba..kan? I have nothing to lose.. frust juga, ingatkan hari tu, dr nak simen je, supaya tulang yang retak tu tidaklah bergoyang atau sakit ketika berjalan tapi (hmm.. malas agaknya dr ni)
Saya pun berayat-ayat dengan suami.. sebab tak tahan sakit. dek kesiankan isterinya (sayanglah tu) maka pergilah kami mencari rumah bomoh patah ni selepas menikmati makan tengah hari (sesudah pukul 4.45 ptg) di Restoran Hijau (not bad: ikan terubuk bakar , yummy).. apa yang terjadi... kenalah tunggu esok untuk melihat hasilnya... but amazingly, selepas balik, berjalan terasa kurang sakitnya...
No comments:
Post a Comment