Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Tuesday, September 28, 2010

Menanti November

   November adalah bulan yang paling dinantikan. Tanyalah mana-mana guru pun (kata sesetengah orang, tak boleh sebut guru. Dengan menyebut guru, individu itu hanya mengajar. Perlu kata pendidik, maknanya mendidik. Pada saya, saya suka gunakan istilah guru. Mengajar, mendidik, semuanya diborong sekali. Pekerjaan guru ini datangnya dengan pakej. Mana boleh kata, guru hanya mengajar sahaja. Kadangkala menjadi mak orang, bapa orang, kakak, adik, dan nenek-nenek orang (sebab berleter juga) he he) november merupakan bulan yang seronoknya tak terhitung...  menanti cuti panjang yang betul2 tak ada kerja (kecuali guru yang menjadi pemeriksa kertas SMP/ STPM atau menjaga peperiksaan SPM atau STPM); Mereka perlu bekerja. semasa cuti)Kepada saya, masa ini saya boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap manuskrip saya.
    Cuti panjang seperti ini sahaja, saya 'free' dari sebarang marking kertas peperiksaan. Boleh mencari ilham untuk buku/ manuskrip baru yang sudah mulai muncul idea itu.. Almaak: yang ketiga ini pun tak boleh bergerak banyak. Minggu ini perlu marking kertas peperiksaan. Kemudian bersedia untuk Bengkel SPMc sejarah. Tahun lepas, bengkel ini berjaya menaikkan kualiti A dalam spm. Maklumlah satu hari dalam dewan. Sama-sama analisa tajuk2 penting, mempelajari teknik back-up dan menjawab seberapa banyak soalan-soalan.
    Menanti Nov. bagaikan bakal pengantin yang menanti hari perkahwinan. Berdetik, gugup dan membayangkan yang indah-indah. Sebenarnya, seorang yang bakal berkahwin tidak hanya patut bersedia unytuk menemui yang indah-indah sahaja. Banyak yang tidak 'indah' juga dalam perkahwinan.. he he.. Saya hanya memasang telinga akan cerita junior saya mengenai kursus perkahwinan. Yang celeknya, kursus hanya banyak menyentuh aspek "sex" dan "yang seronok sahaja"... Kalau pasal "sex", pada saya, tak payahlah nak cerita panjang lebar, monyet yang tak belajar pun, tahu bagaimana aplikasinya. Tekankan aspek tanggungjawab, toleransi, dosa dan pahala seorang isteri dan suami. Ramai isteri tidak taat 100% kepada suami. Begitu juga suami. Ramai yang tidak bertanggungjawab. Sebab itulah kadar penceraian meningkat tinggi. 
    Mungkin plan ke Terengganu. Best makan nasi dagang. Yang penting, ke Tasik Kenyir lagi.. hu bestnya.

Tuesday, September 21, 2010

Rojak buah...

   Apabila bermulanya persekolahan, bermakna bermulanya kehidupan rojak kembali: lebih tepat lagi: rojak buah. Dalam rojak ini biasanya ada rasa masam, manis, pedas dan ada tempat yang rasa garam. Seperti kehidupan juga, ada semua rasa. Dalam kemasaman, ada masin, tetapi masih lagi sedap sebab ada masanya akan tergigit akan buahan yang rasanya manis bersari. Dalam diam, akan habiskan sepinggan rojak buah. Itulah juga namanya kehidupan.. kehidupan saya okay.. sempurna, walaupun ada cacat cela di sana sini.. dan alhamdulillah.. ada dua kaki untuk berjalan, bermata untuk melihat.. ada mulut untuk berbicara : sempurna bagi saya, dan bersuami yang saya harapkan 100% cintanya untuk saya.. he he.

    Ada teman saya yang kehilangan suami, ada yang cantik-sempurna belum bertemu idaman hati.. pada saya, apa yang saya ada, saya syukuri...

    Murid saya di tingkatan 5 akan mulai kertas periksaan esok hari  Pertamanya : Lega sebab saya sudah tamatkan sukatan dan sesi ulangkaji. Yang selebihnya: perlukan usaha mereka. kalau yang jenis 'bebal', apa pun tidak mahu lakukan, 'terpulanglah'... sebagai guru, boleh menasihatkan, 'debik' sikit-sikit kalau perlu, tapi kalau 'bebalisme' tu, biarlah.. apalah daya kita. Saya suka sangat apabila ada murid yang berkata tadi, "cikgu, we come purposely for you.." faham sangat ayat membodek ni, sebenarnya mereka benar2 mahukan tips terkahir saya.  he he.. saya katakan, saya sudah beri 20 tajuk untuk dibaca ( 9 yang betul + dummies) itupun sudah kurang 50% daripada sub tajuk yang benar-benar mereka perlu baca dan bersedia untuk SPM. Okaylah tu.

    Yang kedua lega: tak payah bercakap banyak lagi. Hanya tinggal tingkatan 4 sahaja: masih bergelut dengan sukatan dan latihan.. he he.. itupun tidak lama lagi.. lagi dua bulan ( +-) sebelum bercuti panjang.. dan saya masih lagi bergelut dengan manuskrip ketiga untuk dihabiskan sebelum november.. sempatkah saya dengan dateline sendiri ni?

    Selalunya cerita based on satu hero dan satu heroine, kali ini, letak banyak hero dan heroin.. he he.. cari kelainan. Macam mana ceritanya, ala.. tak payah berpukul gendang sendiri dulu, biat tamat dulu ceritanya...kali ini tak mau sedih-sedih macam cerita nonbor 2 saya: "Cinta sikunang-kunang : memang giler dengan airmata.. (kalau anda tak menangis membacanya, menag sah anda yang giler.. he he he )

Friday, September 17, 2010

Sambutan Hari raya

 

Pemandangan yg menarik: Pulau Beras Basah, Langkawi.
Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah


   

4 September..
   Apabila mulai dekat-dekat tarikh bercuti, kononnya mahu habiskan kerja-kerja filing yang belum sempat siap, tapi dek kerana 'mood' cuti raya 'sudah pun mali'.. memang sah sudah tak boleh mulakan kerja. Buka sahaja file, nampak kampung.. adus. Masih cuba menamatkan manuskrip sehingga bab 3, dengan susah dan payahnya sehinggalah tamat juga. Insya-Allah sudah mulakan bab 4 selepas hari raya (actually, sudah mula beberapa helaian) Hati merasa tak senang apabila suami gagal memberi kata putus, bila mahu pulang beraya.. adus..    Malamnya berbuka di luar, bersama kawan rapat sebab esoknya dia akan mulai pulang becuti ke kampung.. rasa tension semacam kereana kawan-kawan sudah mulai balik kampung.

   Hampir beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya Aidil Fitri, sebagai seorang 'cikguss', saya sudah mulai bercuti. Kalau diikutkan hati, saya mahu cepat-cepat pulang ke Langkawi, tapi suami sangatlah sibuk. Masih bertaki-taki, mahu pulang, selaqsa, rabu atau khamis.. saya kata, "mana boleh khamis bang, takut-takut khamis susah hari raya, mana pernah kita balik hari raya. Lazimnya dua tiga hari sebelum raya, saya sudah balik kampung.

    Sepatutnya kami akan pulang merayakan ke Johor Bharu (JB) kerana kami pulang beraya secara bergilir ke kampung masing-masing setiap tahun, tetapi memandangkan arwah Mak mertua tiada lagi, (26 dec 2009), kami berpendapat, ada baiknya kami merayakan di kampung halaman saya memandangkan saya masih mempunyai ibubapa di kampung.. (Tak logik merayakan di KL atau JB (tiada keluarga di sana lagi)

6 September...

   Bagai tak menentu lagi hari mahu pulang ke kampung.. Kata saya, "mana boleh lewat sangat, bimbang jem lagi. Dibuatnya jem 12 atau 13 jam macam mana?"  Rumah saya perlu melalui jeti, naik feri.. kalau setakat di Alor Setar, atau sejauh-jauh Padang Besar pun tidak mengapa lagi, kalau boleh terus menerus dengan kereta. Selepas beberapa kali sesi dailog, akhirnya diputuskan hari selasa malam, kami akan bertolak ke Seberang Perai, actually ke Machang Bubok (MB)rumah Mak Ngah saya, bermalam di sana dan bertolak pagi rabu balik ke Langkawi.

7 September...

   Naik berlapuk menunggu suami, katanya selepas berbuka, kami akan bertolaklah, kalau reach MB awal sikit, dapatlah tidur barang dua-tiga jam sebelum sahur.. Saya sendiri tak memasak untuk berbuka, sebab malas mahu mengemas dan membasuh pinggan.. maklumlah takut lambat untuk bertolak sebab kata suami," akan bertolakselepas berbuka", tapi seperti biasa, (agaknya suami saya menggunakan jam di Eropah agaknya bagi menentukan waktu selepas berbuka, jadi bertolak sudah agak lewat, 11.30 malam.. tetapi trafik alhamdulillah, tiada sesak dan jem dan terpaksa bersahur di jalanan (sedih amat, sudahlah ramai orang, mahu makan pun susah, nasi dan lauk yang sejuk) Kalau difikirkan, lain kali lebih baik saya memasak, bawa bekal... lagi senang. Akhirnya reach MB jam 6.30 pagi. Kami tidur juga  selama sejam, bangun, bersiap dan bertolak balik ke Langkawi bersama Mak Ngah saya. (Saja mengajak auntie ke sana, lagi pun anak sulung Mak Ngah di Langkawi, tidak dapat balik beraya kerana anak bongsunya baru sahaja berusia beberapa bulan... jadi 'kidnap' lah Mak Ngah saya.. the more the merrier..)

   Agak memenatkan, dengan tidur yang tidak mencukupi... mengantuk, bertahan sehingga malam juga, baru tidur.. nasib baik, khamis belum lagi beraya.. Mama dan Mak Ngah, suami ke masjid bagi mengerjakan Tarawih terakhir...

  Hari Raya Pertama..

   Yang boleh ke masjid, ke masjid bagi mengerjakan sembahyang sunat. Masjid di Kuah agak aktif.. semalam ada Sunat Tasbih dan sebagainya, sepanjang malam. Mengimarahkan masjid. Sayangnya hanya di bulan Ramadhan sahaja, masjid agak penuh, mungkin di bulan lain, manusia terlalu sibuk dengan kehidupan sendiri..

   Seperti biasa.. ketupat palas, ketupat segera (beras/ nasi) rendang ayam, daging (wonder, tak bolehkah rendang ikan pulak?) Menu istimewa,  nasi briyani. Seperti biasa juga, adik-adik dan anak saudara datang melawat (3 adik saya di Langkawi juga)dan menyambut tetamu juga.

Hari Raya kedua

    Saya merancang melawat saudara mara (mostly bisan mama saya dan bisan Mak Ngah saya, di Kedah dipanggil (actually disebut 'panggie' Tok bisan, merujuk kepada ibubapa menantu) Daripada bisan Mak Ngah ke bisan mama, yang saya panggil Mak Nah  + Pak Hasyim, dan Mak dan Pak Lang, kami ke rumah sepupu dan beberapa rumah lagi, pulang keletihan.. he he..

Hari Raya ketiga dan ke empat: di rumah sahaja, keluar juga untuk lakukan 'window shoipping' memandangkan ada ahli keluarga yang berhajat untuk mendapatkan 'set pinggan mangkuk' untuk hidangan pengantin.. survey sana ke sini, di beberapa buah kedai untuk mendapat design yang cantik dan harga yang berpatutan..

The best place, Ismail Group (actually the son's place) ada 5 kedai semuanya (atau 6?) pilihlah di mana-mana kedai pun.. keluar juga merayau mencari kain batik dan benda-benda lain...

   Hari-hari makan ketam, udang sampai kulit pun terasa gatal.. (he he...) Bapa saya asyik membeli ketam kerana dia tahu di sini (kl) ketam yang segar sukar diperolehi..

Hari kelima..

   Kami sekeluarga, adik perempuan saya dan keluarga, + keluarga sepupu saya, za merancang 'hari keluarga' ke Pulau Beras Basah.Kebetulan, adik ipar saya, shukor boleh mendapatkan perahu/ bot untuk ke sana.. Berbaloilah suami membawa balik set joran dan peti jorannya (sebenarnya puas saya melarang dia membawa balik joran dan set jorannya: maklumlah raya, mana ada orang merayakan ke laut pula. Jadi kedegilannya berasaslah.. he he) Kami bangun awal untuk menyiapkan bekal.. nasi, lauk-pauk, bihun goreng dan siap dengan mini dapur sekali.

 Kami ditinggalkan di Pulau Beras Basah, jenuh juga mandi-manda, makan etc. Sebenarnya jika anda merancang menggunakan khidmat bot ke pulau-pulau (island hopping) pulau ini merupakan salah satu destinasi wajib yang akan dibawa singgah - Pulau Dayang Bunting - eagle feeding.. jadi perlulah bawa baju spare, baju mandi dan bekalan makanan yang mencukupi.

   Masalahnya cuma satu sahaja, tiada "tandas' di sediakan.. pelikkan, ada beratus orang di sana dan tiada TANDAS AWAM.. kalau yang boleh mandi manda, bawa baju untuk berenamg, kira selamatlah boleh 'melepaskan hajat' dalam laut, tapi yang tiada baju renang atau mandi di laut, kenalah melepas dalam hutan, nasib tak baik, diintai dek monyet-monyet liar.. Adakah patut!

  Kami memilih mendarat di bahagian pantai yang tiada menghuni/ orang ramai. Kebiasaannya pelawat akan menggunakan jeti yang disediakan.. kami turun di bahagian lain pulau.

  Dengan pohon pokok yang rendang, angin manja yang menampar tubuh, cuaca pula walaupun panas terik, tapi nyaman 'amat'..... agaknya berkilo makanan  yang masuk 'ke perut'.. larilah diet lagi..

   Geng suami, anak saudara, adik ipar dan sepupu saya pula keluar dengan hot untuk memancing..lama juga, dan pulang dengan anak-anak kerapu daripada size tapak tangan sehinggalah ke saiz hampir 1 kaki kerapu.. Ada yang dibakar segera dan dimakan, selebihnya dibawa balik sehingga ke sini. (Dibekukan dalam bekas dengan air, masukkan ke dalam beg 'dingin beku'.. banyak dijual di jusco, giant dan sebagainya.. boleh juga gunakan 'ais beku' entah, saya sudah lupa namanya.. akan tahan selama 10 jam lebih) Jadi ikan akan tahan segarnya..

16 sept...  dan 17 sept..

    Semalam, Hari Malaysia (16 sept) kami bertolak balik jam 4.30 petang, reach Kuala Kedah, dan singgah di Gurun untuk makan malam, kebetulan Mak Ngah saya berpuasa sunat Syawal. Pagi, jam 10.30 pagi, kami bertolak balik dan sampai di Kl jam 3 petang (kerana banyak kali singgah makan dan bersenang -lenang: tak perlu rushing, tergesa-gesa membawa padahkan..)

   Lega, tiada kemalangan yang berlaku sepanjang perjalanan dari Utara ke Kl ini. Tahun lepas kami bertembung dengan satu kemalangan yang mengorbankan satu keluarga.. antara kereta dan lori. Kereta tersebut terbakar..  cuma terdapat satu kemalangan kecil antara kereta dengan sebuah kereta yang lain seleaps tol Sg Buloh, agaknya mengikuti kereta di hadapan dengan terlalu dekat.

  Cuaca juga agak baik, terdapat hujan di beberapa buah tempat, jadi, tidaklah panas terik. Di kawasan Perak, hujan yang lebat menjadikan batu batan di pinggir lebuhraya kelihatan seperti air terjun yang menarik.. Cantik sungguh pemandangannya.. tidak berpeluang mengambil gambar (sempat mengambil beberapa keping gambar, tetapi gambarnya tidak secantik yang dilihat dengan mata kasar kerana lensa terlindung dek cermin kereta dan kereta tidak dapat berhenti untuk mendapatkan sudut gambar yang menarik)
 

Monday, September 6, 2010

Berita Harian 6 sept 2010

BERITA HARIAN 6 SEPT.2010 

Terkenang buka puasa dalam feri’
Oleh Nurul Farina Nazlan

mukasurat 23/ Ruangan Sastera

           SAAT pulang ke kampung di Machang Bubok, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, ketika di sekolah rendah bagi meraikan Aidilfitri, meninggalkan pengalaman sangat bermakna bagi novelis, Nora Fuad kerana perjalanan yang panjang meninggalkan pelbagai kenangan dalam kolam ingatannya.

       “Memandangkan kami menetap di Langkawi, setiap kali hendak pulang merayakan Aidilfitri kami terpaksa menyeberangi pulau legenda itu dengan menaiki feri selama tiga jam sehingga kerap kali terpaksa berbuka puasa ketika masih berada dalam kenderaan air bermotor itu.

Perkhidmatan feri pada masa itu tidak selesa seperti hari ini dan ada kalanya kami terpaksa menunggu air laut pasang untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan panjang ketika berpuasa amat meletihkan, tetapi pada masa itu kami sekeluarga tidak mempunyai banyak pilihan. 

“Dari Jeti Kuala Perlis ke Machang Bubok mengambil masa perjalanan selama dua jam, tetapi penamat yang menyeronokkan di kampung menjadikan pengalaman pahit kami ketika berada dalam feri bagaikan tidak memberi ‘kudis’ sama sekali,” kata Nora Fuad yang nama sebenarnya Noor Arbaiah Ismail.

Novelis ini masih terkenang keseronokan berbuka puasa beramai-ramai sambil bersila dan bertimpuh di atas tikar mengkuang, seolah-olah acara ‘makan besar’ bersempena pesta makanan meskipun hanya berlaukkan hidangan yang sederhana.

“Upacara kemuncak pada malam hari adalah memasang pelita di sekeliling rumah dan bermain bunga api. Kebiasaannya kami hanya dibenarkan bermain bunga api yang diagihkan datuk secara adil, manakala bapa atau Pak Ngah akan membantu kami menyalakan mercun secara bergilir,” katanya.

Pada setiap pagi Hari Raya, keluarganya akan bangun awal dan bersiap dengan memakai baju baru, manakala nenek, emak dan ibu saudara akan sibuk menyiapkan hidangan di meja makan sebelum datuk, bapa serta bapa saudara menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di masjid.

“Kami, seramai tujuh orang bersaudara termasuk sepupu  akan menunggu dengan sabar sehingga mereka pulang ke rumah. Pada ketika ini, ahli keluarga akan bersalaman dengan datuk dan nenek. Kemuncak ‘memori manis’ pada pagi Syawal ialah kami dihadiahkan dengan duit raya pemberian datuk, nenek dan ibu serta bapa saudara,” jelasnya.

Saturday, September 4, 2010

Pandanglah kejiranan kita dengan mata hati

Rakan FB, perhatikan sekeliling kita, kadang-kala kita asyik memandang yg jauh2 sampai ke seberang lautan & benua, kita bantu mereka (which is okay) kita lupa kws kejiranan kita (40 rumah u, s, t, dan b) / keluarga yg tak makan/minum. Bukankah wajib kita dahulukan family dan kejiranan kita? (which  is better) Ini kewajipan bersama terutamanya ahli keluarga.. kita wajib melihat jika ada anggota keluarga kita yang memerlukan bantuan kewangan/makanan dan sebagainya. Semoga Allah akan memberi ganjaran rezeki yang mudah, 'seringan' tangan yang menghulurkan bantuan kepada orang yang lain.

        kita menderma dengan gambar replika cek yang besar, terpampang di media.. (rasanya konsep menderma/ sedekah: tangan kiri pun tidak wajar mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan.. ) Begitu indahnya Islam, simboliknya, jika melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas, sekadar mendapat penghargaan, apalah maknanya. Tetapi saya pernah mendengar daripada seorang ustazah< katanya sekiranya membuat kebajikan, eloklah kalau orang lain menyampaikan kepada yang lain, supaya menjadi ikutan dan teladan kepada yang lain. Moga-moga lebh ramai lain orang lain berbuat sedemikian. Cuma kata saya, saya khuatiri, situasi ini akan mengundang sikap 'riak' dan 'sombong' orang yang memberi bantuan. Maklumlah, soal hati ini sukar dibendung...  kalau ada segelumit perasaan 'bangga' maka, terjejaslah keikhlasan pemberian tersebut.
      Al Kisah, disebuah tempat, seorang balu dengan 8 orang anak(berusia 8 bulan - 13 tahun) yang baru 4 hari kematian suami terpaksa meninggalkan rumah sewanya kerana kegagalan membayar sewa. Maka merayaulah dia di perhentian komuter sehinggalah dijumpai oleh orang ramai yang merujuk mereka kepada satu persatuan Ibu Tunggal di KD. Saya menggeleng kepala, di manakah tanggungjawab Fardu Kifayah masyarakat di SB, kerana mereka ini terutamanya anak-anak yatim ini tidak mendapat perlindungan dengan sewajarnya. Kalaupun masayarakat di sana, tidak mampu memberi perlindungan dengan menyediakan rumah dan sebagainya, tidakkah dapat memberi mereka perlindungan sementara (semua orang menderma sedikit makanan supaya anak-anak ini terutamanya dilindungi) Subhanallah.. Barangkali dunia ini sudah akhir zaman, masyarakat Islam sudah tidak memikirkan kawasan kejiranan lagi. Mengikut pandangan saya yang jahil ini,(maklumlah pengetahuan agama juga cetek benar:) maka berdosalah seluruh masyarakat di sana kerana gagal memberi perlindungan kepada anak-anak yatim ini...
     Maka berpindahlah pula anak-anak yatim ini ke suatu tempat. Di tempat baru ini, lain pula ceritanya.. Yang membantu pula masih kurang, yang lebihnya hanyalah 'gosip-gosip' yang tidak sepadan. Penuh dengan PHD. Cemburu dengan bantuan yang dihulurkan kepada mereka. Ya Rabbi, kenapalah dengan manusia ini! Tidakkah mereka dapat berfikir dengan rasional. Teringat akan kata-kata arwah ibu mertua saya, yang dikasihi Bonda Fatimah Omar: bersyukur sentiasa, pasti Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih lagi.
    Ada juga yang mengeluarkan kata-kata janji bagi membantu, tetapi mengeluarkan kata-kata dusta yang tidak enak di belakang. Tidaklah perlu membantu untuk hanya menambah dosa! Ada juga yang berjanji itu ini, sekadar melegakan hati anak-anak ini, tetapi tidak memenuhinya pula. Jadilah kita manusia "munafik", berjanji tetapi tidak berusaha menunaikannya. Kepada saya, tidak perlu berjanji apa-apa untuk memberi bantuan. Berilah sekadar apa adanya, yang termampu kita lakukan.. kalau mampu memberi hanya RM 1, berilah seringgit, Allah maha mengetahui segalanya..Jika ikhlas, itulah sebaiknya...  Seandainya itu tidak mampu dilakukan, berdoalah agar mereka di bawah PerlindunganNya sentiasa.
     Dengan kemajuan teknologi, hanya satu sentuhan jari, saya bersms kawan-kawan rapat saya, jika mereka sedia menghulurkan bantuan. Tidak diduga sesaat itu juga, saya menerima feedback yang baik. Semoga Allah akan menggandakan 'rezeki' mereka secepat kilat mereka 'memberi'. Hanya Allah yang berhak memberi rezeki dan menarik balik Rezeki dan rahmatNya.

        Semoga anak-anak ini akan diberi RahmatNya dan PerlindunganNya selalu.

Monday, August 30, 2010

Hari Bertuah saya, ke Kem Wardieburn

   Dia bertubuh kecil, hanya sekadar 40++ kg sahaja, dengan ketinggian 5 kaki sahaja, tetapi semangatnya seumpama seekor ikan paus biru yang besar dan gah. Siapakah dia?

   Hari ini saya dan kawan saya telah menemani dia ke Kem Wardierburn (Bunyinya Wa di burn bukannya Waa die burn he he) Kenapa saya ke sana? apa misi kami? Esok untuk sambungannya.

   Mencecah pintu pagar yang dikawal MP, saya rasa semangat pahlawan saya melonjak-lonjak sama. Maklumlah datuk sebelah mama saya adalah bekas tentera Askar  Rejimen Askar Melayu.. jadi darah pahlawan tetap mengalir sama di dalam setiap urat dan tulang belulang saya. datuk saya seorang pejuang, he was a fighter... Belakangnya dahulu, berlubang-lubang kerana terkena serpihan peluru dan bom yang meletup. Esok saya akan menyambung cerita saya..

Wednesday, August 25, 2010

Alahai...

   Diam tak diam sudah sampai ke pertengahan Ramadhan.. Hari ini agak keletihan daripada biasa, mungkin dengan cuaca yang suhunya agak klimaks hari ini. Lagipun, terdapat tiga kelas di Blok H. Blok H merupakan blok paling panas di sekolah kerana merupakan kabin sementara menunggu blok yang telah disiapkan (menunggu CF bangunan diluluskan) Murid2 tingkatan 4 diletakkan di sini.  Sudahlah waktu tengahari dari jam 10.25 - 12.45 tengah hari. Saya sendiri sudah kepenatan sangat, dengan suhu yang panas pula, agak 'lembik'. Mata pun rasa berkinau (kata orang Kedah) sudah rasa kelabu semacam sahaja... in other word: blurr.. kepala pun sudah naik pening, berdiri pun rasa mahu tumbang.

    Murid saya: adus: baru sahaja makan semasa rehat (10.05 10.25 pagi) jadi dalam keadaan sejahtera sangatlah... mulut pun jadi seperti mulut murai lah.. dibandingkan dengan diri saya yang kepenatan.. Saya minta mereka semua berpuasa sehingga 12.45 tgh.. Saya katakan, "please take heavy breakfast before u reach school.. fasting then, can makan again after school".. Mereka bertanya, "apa sebabnya cikgu, kami kena puasa.." ada yang berkata,"saya nak bagitahu parents saya cikgu suruh puasa.." Saya jawab, "please beritahu ibubapa awak, cikgu suruh puasa sebab dengan berpuasa, awak semua akan letih, jadi tak ada yang bercakap apabila cikgu mahu mengajar... " Disambut dengan ketawa budak2 tu! Murid sekarang, agak nakal dibandingkan dengan zaman saya dulu (dan saya percaya zaman-zaman seangkatan dan sebelumnya)

   Esok hari terakhir persekolahan: menjadi satu bentuk motivasi juga.. he he he..dan minggu depan, empat hari sebelum bercuti penggal persekolahan.. ada beberapa mingu untuk meneruskan usaha menulis manuskrip baru then raya, dan selepas itu akan sibuk dengan peperiksaan percubaan!

  

Sunday, August 22, 2010

Bersopanlah sedikit di bulan Ramadhan..

Seksi   hanya  sesuai untuk bayi
   Kadang-kadang malas mahu keluar dari rumah, maklumlah apabila keluar rumah, mata akan terpandang yang tidak sepatutnya... mulut kalau tidak pun berkata, hati akan terdetik juga. Kadangkala naik seram melihat pakaian umat Islam semasa Ramadhan ini. Sringkali terlihat sigadis dengan skirt pendek, yang kadangkala terjungkit sehingga ke paras punggung, dengan bajunya yang singkat menampakkan perut dan pinggang. Tangan baju pula terlalu pendek sehingga menampakkan bahagian dada yang sepatutnya ditutup dengan baik.
      
       Tengah hari tadi ketika beratur bagi membayar di kaunter, di hadapan saya terdapat sepasang pasangan melayu, saya kira suami isteri. Mata saya cuba memmandang ke arah lain, tetapi terpaksa juga melihat sesekali kerana tiada tempat lain untuk dipandang. Kalau saya membelakangkan mereka kelihatannya saya tidak bersopan...  Cuba menahan diri daripada tidak mengatakan apa-apa melihat perlakuan mereka dan pakaian yang dipakai, tetapi dalam hati berkata juga. Si isteri dengan seluar pendek separas paha, dan tatoo di kakinya. Pakaian si suami kelihatan okay kecuali seluarnya hanya di paras lutut.. (kalau saya isu ini akan jadi pergaduhan..aurat lelaki kan senang sahaja untuk dilindungi... ) Sekurangnya pakailah seluar panjang /jeans yang menutupi seluruh bahagian kaki, kan nampak lebih sopan. Tatoo mengikut fahaman saya, tanpa mengira tatoo secara tetap atau sementara tetap harap hukumnya kerana ianya menyerupai perhiasan orang bukan islam. Simpan-simpan lah yang seksi dan seksa itu sebagai pakaian di rumah, buat tatapan suami... seksi untuk suami bukan untuk tatapan awam.. (pun di bulan Ramadhan ini tidak pula digalakkan si isteri berseksi nanti lain pula jadinya dengan ibadat puasa...)

      Kalaupun tidak memakai tudung (menutup aurat) jagalah sedikit kesopanan. Kalau tidak pun sepanjang tahun, bulan ini kan bulan 'ibadat'..  Sekalipun mereka tidak kisah akan aurat / urat mereka, jagalah juga pandangan orang lain yang berpuasa.

   Saya teringat akan kejadian beberapa tahun lepas, ketika berataur di pasar ramadhan di TTDI untuk membeli nasi beriyani, di hadapan saya seorang perempuan Melayu yang memakai seluar putih yang seluarnya kelihatan terlondeh ke paras punggung  sehingga menampakkan bahagian atas punggungnya. Bukan iyu sahaja, sehngga menampakkan CD (celana dalamnya) yang berwarna terang. Baju yang singkat pula menampakkan bahagian perut dan pinggang. Muka saya yang terasa tebal dan malu apabila beberapa pandangan nakal memandang ke arah kami (kerana saya betul2 berada di belakangnya) Seksa menahan pandangan mata lelaki yang nakal beberapa lama (agak lama beratur) Seperti mahu saya membisikkan kepadanya, "bersopanlah sedikit kak".. yang saya pasti usianya lebih senior dari saya. Tapi say apasti tentu dia akan menjawab," kenapa yang awak sibukkan pulak?" Kadangkala apabila ditegur, individu ini akan menganggap kita cemburu kerana kita tidak boleh berlaku  seksi.

  Seksi dan seksa pada pandangan mata orang lain.. Saua berterima kasuh kepada keluarga saya terutamanya ibubapa saya yang bertegas berkaitan pakaian ini, sekurangnya mengajar saya konsep malu sejak berusia seawal 7 tahun. Saya memang dilarang memakai baju tanpa lengan di luar bilik, tiada skirt di atas paras lutut seawal usia 7 tahun...  Mama dan bapa saya lebih suka kami berseluar panjang daripada skirt kerana nampak lebih sopan.

   Sya kurang faham kenapa tiada perasaan malu untuk berpakaian sedemikian rupa? Ketat, pendek malah menampakkan pakain dalam.. setahu saya mengikut senarai Forbes pun, dalam peraturan pakaian " dos and don'ts" ada dinyatakan pakaian tidaklah boleh sehingga menampakkan pakaian dalam.. sebab itu dipanggil bikini/ nighties..  dan sekali itu saya ternampak seorang yang meakai pakaian putih yang amatjarang menampakkan pakaian dalamnya sahaja.. dan sepatutnya digubal satu rang undang-undang yang melarang  rakyat berpakaian seksi.. (dan nanti dikatakan tiada kebebasan pulak) Apa lah salahnya kalau berpakaian sopan? Susah sangatkah kalau bersopan?

Kari dan roti jala.

   Sejak hari jumaat lagi berniat untuk memasak roti jala..kata orang Terengganu, pukat buruk (he he sebab jala yang rupanya macam sudah rosak.. orang Kedah kata 'roti kirai' sebab rupanya yang berlubang-lubang tu la. Pendek kata, apa pun namanya, dimakan dengan kari, sedap sekali. Bayangkanlah satu set roti jala dengan sedikit kuah dan laut berharga RM 2.50, habis, kalau sekeluarga ahlinya ahlinya 6 orang, sudah berapa set perlu beli. Kos roti jala hanya berapa sen, sebab tepung secawan dua boleh 'ditukar menjadi' 30 lebih keping roti jala, makan dengan puas.

   Menyediakan kari pun tidaklah sukar.. Sejak belajar kumpulan makanan, saya suka blend ramuan bawang dan sebagainya. Dengan 'blended' semua bawang2, halia dan sebagainya akan dimakan dan tidak dibuang begitu saja (tumbuk, adus, malas sikit lagipun nak cepat...) Dibandingkan dengan bahan2 yang dipotong, ada masanya terbuang begitu saja.

   Saya ke jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)tengah hari tadi. Memikirkan yang minggu hadapan adalah hari kakitangan kerajaan mendapat gaji, lagilah sesak dengan orang yang akan membeli belah. Kebetulan mama saya mahukan sehelai jubah, jadi pergilah mencari jubah.. Selalunya saya akan membeli kain yang mutunya baik sedikit darpada biasa untuk mama saya, tapi kebetulan selama beberapa  minggu hari itu, saya tidak dapat berjalan, jadi rancangan saya pun tertangguh jugalah..

 Ya Rabbi, punyalah ramai orang di sana. Macamlah semua jualan free of charge. Yang saya pelik tu, bagaimana ibu-ibu muda masih membawa bayi yang kecil berpanas bersama ratusan orang lain.. Pada saya, situasi  seperti itu bukan sahaja tidak selesa kepada bayi/kanak-kanak disebabkan cuaca yang panas tetapi juga menjadikan mereka terdedah kepada pelbagai penyakit. Maklumlah, ramai orang dan mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit bawaan angin atau sentuhan individu lain. Selepas tu teringat pula mak saudara saya ada menyebut tentang hand beg semasa saya balik bercuti dulu, jadi, apalah salahnya sesekali memberi cenderamata di Hong Kong street. Lagi pun ibu saudara saya disebelah mama saya hanya dua, sementara  di sebelah bapa saya pula "O".

    Ada orang sibuk mempromosikan Bandung sebagai tempat untuk membeli barangan 'beg tangan ' dan sebagainya yang dikatakan original dan dijual sebagai 'bahan reject'.. kata saya, ala, mana ada begitu.. Mereka tiru beg yang original... sama seperti Hong Kong Street yang barangannya diimport dari Korea, dan ada juga barangan dari Hong Kong. Beg yang dibeli dari sana jauh lebih tahan lama daripada yang dibeli dari Mall. Kadangkala beg yang dibeli dengan  harga yang lebih mahal, melebihi RM 100++  - 200++ , jangkahayatnya lebih pendek.. dalam masa 6 bulan sahaja, habis terkopek kulitnya (sebab beg tersebut bukan beg kulit sebaliknya bahan sentetik) Lebih baik yang dibeli di HK S, beg kulit dan harganya jauh lebih murah...  Klaau kena cara penjagaannya, beg itu akan bertahan bertahun lamanya.. Ada juga beg saya yang masih elok dipakai setelah beberapa tahun menggunakannya. Beg tangan kulit yang saya beli di Padang Besar masih kelihatan baru dan elok setelah 10 tahun usianya.. not bad untuk beg yang harganya dalam lingkungan kurang daripada Rm 100. Rasanya alah membeli menang memakai..  Kadangkala, pemberian kecil menjadi satu anugerah yang besar kepada orang lain...

   Akhirnya saya menyambar 4 biji beg yang cantik buatannya. Kemas jahitan dari dalam dan luarnya. Untuk mama saya, ibu saudara dan adik perempuan saya (yang pastinya akan berkata, "kenapa tak beli untuk adek ta juga".. kalau saya tidak membeli untuk dia.. he he  .. ini kira skrip lama dia sejak zaman kami tinggal bersama di asrama dulu. Saya cuma berbeza 13 bulan daripada dia.. he he) Letih juga mengheret semua barangan tu dan menunggu LRT (dari Masjid Jamek ke Central Market) dan balik ke Kelana Jaya. (maklumlah kalau driving tentulah susah pula untuk memakir kereta...)

  And for the resepi kari ayam...

   5 ketul paha ayam (potong 3 setiap satu)
   1 peket serbuk kari.
   2 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 biji tomato (kisar bersama.)
   1/2 kotak santan.
   sedikit minyak masak.
   4 biji kentang.
   daun kari.
   i batang kayu manis, 2 kuntuk bunga lawang.
    1 keping asam gelugur (atau tidak perlu sama sekali kerana totamo akan memasamkan kuah kari)

    bancuh semua bahan dengan ayam (biar 30 minit untuk perapkannya)
     Tumis dengan minyak : biar rempah kering dan naik minyaknya. (tujuan ditumis bersama supaya ayam tersebut akan masak sehingga ke bahagian tulang) + kentang.
     kemudian masukkan santan yang dibancuh dengan secawan air...biar mendidih..

Wednesday, August 18, 2010

Menu Ramadhan

   Pagi-pagi di sekolah, saya termenung panjang. Entah apa menu untuk dimasak sebagai juadah berbuka hari ini. Thinking of cooking roti jala, sedap dimakan dengan kari ayam. Then, teman saya mengatakan dia akan masak bubur labuk atau di utara dieknali dengan nama "kanji" disebabkan nasi air yang dimasak akan pecah-pecah. Dikenali dengan nama " moi" juga tetapi moi lebih kepada nasi air/ bubur kosong. Kanji lebih bertepatan kerana dimasukkan lauk/ sampingan bersama ke dalam nasi air yang ditanak.

   Kanji lebih sedap dimasak dan dimakan jika dimasukkan daging cincang atau udang. Pilihan menu lain yang patut dimakan sama adalah kangkung goreng belacan, ikan goreng, kacang tanah yang digoreng, ikan bilis goreng, telur masin, sambal tahu/sa,bal cili padi yang dibelnd dengan bawang putih + kicap.

   Kanji biasanya dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang menumis terlebih dahulu sebelum dibasuhkan beras dan direnehkan. Saya suka gunakan teknik yang dipanggil di utara sebagai "tumis darat" iaitu tumisan setelah nasi sudah kembang kerana tumisan begini akan lebih mengekalkan rasa dan bauan bawang yang ditumis. Baunya lebih harum dan kekal selama beberapa jam.

   Resepi Kanji.

3 pot kecil beras + air, dibasuh dan direbus sehingga beras pecah dan kembang.
3 sudu besar santan pekat (dari kotak)
15 biji lada hitam-dimasukkan biji2.
Setelah beras kembang, masukkan santan pekat + garam. Kacau dan angkat periuk.
sedikit daun sup dimasukkan sebelum mengangkat periuk.

Bahan tumisan.

Bawang besar 3 ulas, potong dadu.
200 gram daging cincang (atau 200 gram udang basah + 30gram udang kering)
1 batang kayu manis.
1 bunga cengkeh.
2 bunga lawang.
3 susu minyak zaitun / minyak masak.
3 ulas bawang putih.

Goreng bahan tumisan sehingga garing dan bangkit bau.
Tuang bahan tumisan dalam periuk, kacau rata dan tutup tudung (buka sedikit sahaja bagi memastikan baunya kekal)

Selamat mencuba. Jika Kanji agak pekat untuk dihidangkan, campurkan air panas dan kacau sehingga sebati.

Tuesday, August 17, 2010

Menu pilihan Ramadhan..

   Apabila teman saya bertanya, apakah menu dalam kepala saya untuk berbuka petang nanti, kata saya, "bergedel" Suami saya memang suka makan bergedel. Biasanya kalau makan di kedai atau yang dibeli, tentunya ada yang tidak kena. Maklumlah, bergedel kedai hanya mengandungi kentang dan sedikit daun bawang sahaja, daging barangkali memang tak diletak langsung. Menjimatkan kos barangkali. Kak Maryam sekaligus mencadangkan saya memasak soto, sebab alang-alang saya mahu masak bergedel. Dan saya bersetuju.

Menu : Soto ayam + bergedel + sayuran stim/celur + tahu goreng. (for 6 person)

Soto ayam: 2 peha ayam (whole leg) dan set tulang ayam (seekor ayam, tulang sahaja)(tidak perlu dipotong)  , lebih kurang 2.5 liter air. Basuh ayam, rebus. Letakkan 2 biji bawang besar (memaniskan sup secara semulajadi) daun sup + 2 bunga lawang + 1 kayu manis. REbus selama 1   jam. Kautkan lemak/ minyak keluar. Masukkan 1 bungkus serbuk soto/ sup. kacau + garam (akhir sekali kerana memasukkan awal2 menyebabkan kesan toksin) Rebus lagi selama 30 minit. Sekiranya kurang kuah, tambahkan air ( final kuah lebih kurang 2 liter kuah)

 Angkat isi ayam dan tulang ayam. (ceraikan isinya) isikan ke dalam bekas.

Rebus nasi impit ( 4 bungkus nasi impit adabi untuk 6) goreng tahu. Stimkan 2 batang karot. Celur sawi dan taugeh. Potongkan daun sup. Potongkan semua bahan dan hidangkan.

Begedel daging : lebih kurang 7 biji kentang + 200 gram daging. Rebus kentang dengan kulit (kump alkali, kentang yg kekal dgn kulit) + daging cincang + daun bawang + daun sup + garam + lada sulah + (brokoli 1 pokok/ karot 2 batang sederhana  yang distim 15 minit- diblend hancur dijadikan paste..- lebihkan sayuran tanpa ada rasa sayuran) gaul - bulatkan, celup telur dan goreng.

Cili padi 15 biji + 3 ulas bawang putih (bakar tanpa minyak) blend + kicap pekat manis + kicap lemak masin + 1 sudu makan minyak zaitun.

Hasilnya soto yang penuh kasih sayang. Pendapat saya, sekalipun makanan yang dihasilkan tidaklah seenak mana, tetapi kalau dilakukan dengan ikhlas dan penuh dengan kasih sayang, setiap makanan itu pasti memberi makna kepada orang lain terutamanya keluarga tercinta. Yang lebih penting, boleh menikmati makanan / soto dengan rasa puas.

     Saya bertanya suami kemudiannya, "sedap tak?" .. disebabkan biasanya kalau terdapat kekurangan dalam masakan saya dia akan terus 'komplen',.. agak banyak songgeh, he he.. (itu keistimewaan dia yang menjadikan saya lebih berhati-hati sebab tak seronok kena komplen) Kata dia, "sedap".. Jawab saya kembali,"Ooo, sedap, diam je.." He he.. macam tu pulak. Ada hikmahnya perangai dia macam tu.. kalau makan asyik dipuji dibimbangi takut riak pula.. terperasan bagus. Perkara-perkara begini akan menjadikan 'hilang pahala'.. riak dan penuh kesombongan adalah perkara yang dilarang agama.

Sepinggan soto dengan kuah + 2 keping bergedel (setiap pinggan) = senyuman seorang suami + keluarga = The price: pricelesss. Dan saya sendiri : spechless..terkenu sete;ah menghabiskan 2 pinggan soto.

Monday, August 16, 2010

Menu Ramadhan 2

   Saya pernah terbaca bahawa ada beberapa pantang larang dalam  pemilihan makanan  dalam Islam. selain kerana masalah pencernaan, rupanya pantang larang ini ada kaitannya dengan kategori kealkalian dan keasidan jenis makanan. Daging contohnya tidak digalakkan diambil dengan susu kerana keduanya dalam kumpulan yang sama, terlebih asid) Buah-buahan tidak digalakkan diambil dengan susu kerana (alkali bercampur asid) Susu mentah / tidak diproses adalah kumpulan asid yang tinggi, jadi tentulah tidak sesuai dengan daging merah /ayam dalam kumpulan yang sama. Islam ini indah.. semua perkara disusun dan mempunyai peraturannya.. cuma menjadi tanggungjawab kita sebagai musliman dan muslimin menggali ilmu, mengkaji peradaban Islam seperti yang dipraktikkan sejak Zaman Rasulullah lagi sehinggalah ke zaman kegemilangan Islam, Zaman Khulafa ar-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyah, Turki  Uthmaniah serta Zaman kegemilangan Islam ke India, China dan sebagainya.

     Sebaiknya, sebelum mengambil makanan berat yang berkhabo, kita perlu mengambil makanan yang 'soft' lembut seperti buah-buahan / sayuran supaya 'mesin' dalam perut dapat memproses dengan perlahan (masuk gear yang perlahan dan bergerak laju kemudiannya) Kita sebagai manusia mempunyai masalah 'lupa', apabila melihat makanan, sudah terlupa di mana harus memulakan.. buah ke mana, khabohidratnya ke mana? Yang mana sepatutnya didahulukan...

   Pengambilan teh hijau bersama gula mentah (yang berwarna coklat perang, gula organik lebih baik) adalah baik dapat mengimbangkan kesihatan kita kerana bahan ini adalah kumpulan alkali.. kita barangkali terlebih mengambil makanan daripada kumpulan asid.

  Resepi saya hari ini.. masak lemak labu air bersama udang, tempe dan ikan bilis goreng sambal..., ikan goreng, buah-buahan...  Menyedari kumpulan alkali lebih diperlukan, saya berusaha menambah menu saya dengan melebihkan sayur-sayuran dalam menu saya. Esok mungkin saya akan memasak bubur lambuk dengan daging...  masukkan sayuran lebih... bawang besar akan memaniskan bubur nasi secara semulajadi.. karot dan kentang (jangan lupa untuk tidak mengupas kulit kerana kentang berkulit menjadi nutrien beralkali..(kentang dikupas kulit merupakan komponen asid), cuma basuh bersih-bersih dan potongkan.. mungkin kelihatan pelik pada awalnya tetapi kita akan terbiasa dengan situasi yang lebih menyihatkan...

Bubur lambuk + sup sayur campur + bergedel daging (kentang + daun bawang) + ayam goreng ( buah keras + bawang putih + halia ) + cili padi kicap..  + ulaman..

    Amalan meminum klorofil juga satu amalan yang baik, kerana klorofil boleh membantu membawa oksigen yang lebih di dalam badan, proses 'pembuangan ' dengan lebih baik, dan meringankan tubuh. Biarlah terlebih kg tetapi badan sihat.. he he..

Sunday, August 15, 2010

Pemilihan makanan semasa Ramadhan...

  Pemilihan makanan untuk berbuka sepatutnya diambil berat oleh kita. Maklumlah, perut kosong semasa berbuka. Sekiranya di'sumbat' dengan makanan yang terlalu berminyak, pedas akan menyebabkan perut kepenatan juga...tapi itulah, kalau perut saya, tak ada yang pedas, tentunya tidak berselera makan..(asalkan jangan gunakan cili Thailand - habis, nanti kena diarea..letihlah macam tu) Saya rasa perut Malaysian, tak ada cili, tak ada thrill la. Walaupun berdarah melayu - cina -india dan entah apa lagi, maklumlah rakyat Malaysia (satu Malaysia) makanan saya lebih kepada masakan melayu kot dan cina.. saya lebih sukakan sup dan bercili (makanan melayu yang biasa dan sup ala-ala cina) Makanan mamak, maaf - tidak suka langsung.. kalau terdesak, roti canai bolehlah... Kalau ke kedai mamak, muka pun muncung semacam (suami suka mamak food he he.. rasanya saya masak better kot - sorry, perasan sendiri) Banyak sangat spice dan kadangkala saya dapati rempah yang dimasak tu, kurang masak (istilahnya tak pecah minyak) bauan rempah menjadi kuat sangat.. tension!

   Pemakanan kita sepatutnya, 80% alkali dan hanya 20% asid. Kumpulan makanan berasid (paling berasid)termasuklah beer, soft drink,cheese,homogenised milk,ice cream,beef, pork,shellfish,pasta, white flour,peanuts,walnuts,chocolate,blueberries, cranberries,prunes,nurta sweet, equal,sweet and low.

Kumpulan asid: brown /white sugar,sour cherries,rhubarb,kentang (tanpa kulit) pinto beans,lima beans, navy beans,pecans, cashews,corn,wgite rice,oats,rye, turkey,lamb,chicken, raw milk, kopi.

Kumpulan asid paling rendah: Madu yang diproses,plum,jus buahan,pumpin seeds,sunflower seeds,corn oil,wheat bread,brown rice,venison,cold  water fish, yogurt,buttermilk cottage cheese, tea (kecuali green tea/ teh hijau).

Kumpulan alkali (paling tinggi): stevia (ganti gula),lemons -kumpulan limau  (berasid tetapi bersifat alkali dalam badan)grape fruits, mangoes, bawang, asfaragus,vege juice, parsleys, raw spinach, bawang putih, brokoli,olive oil, herb tea.

Kumpulan alkali sederhana: rice syrup, maple syrup,dates, figs,melons, papaya, kiwi,berries, apples,pears, raisins, okra, squash, green beans, lettuce, zucchini (saya kurang suka- timun orang putih, saya panggil), lobak merah, kentang kecil (sweet potato), almonds, flax seed oil, green tea.

Kumpulan alkali yang rendah: raw honey, raw sugar (organik - raw sugar better warna perang), orange, pisang,cherries, nenas, avocado, tomato, fresh corn, mushrooms, cabbage, pees, kulit kentang, tofu, soya, chestnuts, canola oil, millet, wild rice, quinoa, soy cheese, air soya,goat cheese, whey, teh halia.

  Disebabkan saya bukanlah pakar pemakanan, sekadar sharing apa yang saya cuba lakukan dalam mengimbangkan makanan yang saya masak..(actually sedang mencari solusi mebgurangkan makanan berasid) Menu berbuka saya : nasi daging + daging goreng 3 rasa, ayam masak merah + sup sayur + salad buah-buahan.. air minuman, green tea panas.(lebih kurang untuk 6 orang dewasa)

   1. Sediakan stok daging.. 25 ketul daging bersaiz 2 inci x 2 inci.. air lebih kurang 1 liter .. rebus 15 minit + sedikit garam. angkat daging dan toskan. biarkan sejuk dan kaut minyak yang terapung dan membeku. ( 2 jam biarkan sejuk)

  2. Daging goreng istimewa..  - 22 ketul - keringkan air + 3 susu makan sos cili, sos tomato + 3 sudu makan kicap lemak masin, diperap dalam bekas, goncang - masukkan ke dalam peti ais. Hampir waktu makan, goreng daging dalam minyak sehingga garing (warna hitam, nice smell) apabila mahu hidangkan, slice kecil2..

3. Nasi. A) Ambil beras 3 pot basuh beras.. then rendam dalam bekas + 1 sudu makan kunyit (untuk beri warna) 5 minit dan toskan. Masukkan dalam rice cooker + 3 pot air stok (rebusan daging) jangan on rice cooker lagi.  (kum asid)

    Bahan B : bahan menumis. bawang merah 3 ulas, bawang putih 3 ulas, 1 batang serai dititik, halia 2 inci, 1 kayu manis, 1 bunga lawang,(kum alkali) ditumis dengan 3 susu makan minyak zaitun dalam kuali. agak wangi, + daging 3 ketul (dipotong kecil2) sampai bangkit bau. Tuang ke dalam rice cooker. + kismis sedikit + 2 helai daun pandan + 1 batang karot kecil. dipotong dadu...   On the rice cooker.  kacau apabila nasi separuh masak.

4. Stok yang lebih - gunakan sebagai kuah sayur - karot, selery, cendawan kelabu (oyster mushroom) putik jagung + bawang besar + stok. (tidak perlu minyak, tak perlukan minyak) (kum alkali)

5.Ayam masak merah - ayam- potong nipis.. goreng sederhana masak / garing mengikut kesukaan masing2.
4 ketul peha ayam/dada ayam.

2 senduk kecil cili giling + 2 bawang besar + 1 batang serai + blend lumat.. tumis sehingga pecah minyak + ayam + air sedikit- biar kering atau basah mengikut kesukaan.

atau gantikan dengan ayam lemon.. goreng ayam garing , letak atas pinggan.
perah 2 biji lemon, + 2 sudu makan olive - kacau atas api kecil sekejap sahaja... dan tuang atas ayam.

6. Salad buah-buahan - 2 epal hijau, 2 epal merah,( dipotong dadu) 1 batang selery dipotong + 1 sudu makan olive oil.

Minuman teh hijau panas.. walla ..  atau boleh minum air halia panas.. resepi pada tajuk Ramadhan: suka dan duka...

semoga ilmu yang sedikit ini, dapat kita manfaatkan bersama.. selamat mencuba. Semoga kita dapat mengurangkan kadar penggunaan makanan asid dengan penggunaan lebih buah-buahan, minyak zaitun dan sayuran.

            

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan dan kenangan..

   Di akhbar harian yang saya baca hari ini menyebut, penulis blog juga perlu mempunyai integriti: maknanya tidak mengata atau mengutuk orang lain sewenang-wenangnya. Saya setuju 100%. Macamlah kita ini sempurna sangat, asyik melihat dan menilai kelemahan orang lain sahaja. Seperti juga kesalahan yang dilakukan oleh mulut, jika sesuatu itu benar, sudah jadi 'mengata', jika tidak benar maka terjadilah 'fitnah'..  jadi mengapa mencari saham 'dosa' di akhirat.. bayangkan jika kita mengata sipolan dan sipolan, kemudiannya ada orang lain pula yang membaca, dan membawa cerita ke tempat lain, tak pasal2 kita menanggung dosa "mengata " dan " memfitnah" orang lain.. bukankah dalam agama dinyatakan kita mesti menutup aib orang lain.. jadi, sebaiknya bercakaplah perkara-perkara yang baik-baik belaka.

    Ramadhan sering mengingatkan saya kepada banyak kenangan manis semasa zaman persekolahan dahulu. Mama saya kerap membuat tahu sendiri (dulu memang tak ada dijual) jadi, dalam proses membuatnya, saya boleh minum air soya dan juga makan tahu. Tahu yang dibuat sendiri lebih lembut dan sedap dan tidak mengandungi bahan pengawet. Rasanya, balik bercuti ni, saya perlu belajar membuat tahu.. (teruknya berpuluh tahun, masih tidak teringat belajar) Mama saya dulu-dulu suka buat lopeh (sedap tapi malas nak buat) apam (best also) cendul, jem buah-buahan, malah kacang potng pun mama saya buat sendiri.. The best recipes in Kedah, Gado-gado, nasi ulam, kari kepala ikan.. 

   Teringat akan ikan besar (beratnya 3 kg juga) yang belum disiang dalam peti sejuk. Sudah lama tapi masih segar dan 'fresh' sebab suami saya endiri yang memancingnya. Entah bila akan 'membedahnya' sebab ikan sebesar itu akan mengambil masa 30 minit operation juga.. he he.. kena duduk dan bersilat betul2..  gerenti sedap untuk kari, masak asam, sweet sour, sup dengan lobak masin... goreng pun sedap tu. Kena pulak dengan sambal belacan, ulam.. mungkin projek di hari minggu.

   Teringat akan laksa Johor arwah mak mertua saya.. Ada ketikanya jika kami pulang ke Johor, saya mengendeng mak mertua saya membuat laksa. Laksa Johornya 'still the best in Johor or I can say world'.. Merata-rata saya makan tak akan sama sedapnya dengan airtangan mak saya ini. Campuran kerisik, ikan kering kurau, ikan mestilah (parang atau ikan.. entah saya lupa namanya) rempah ratusnya, mesti cukup.. Dan mak saya pula memang akan ikut resepinya betul2, kalau 2 inci, dua incilah, jadi rasanya 'sama' setiap kali (kalau saya, saya main campak je.. he he macam Chef Wan selalu kata).. saya memang menyalin resepi ini, 2 kali tapi sudah lupa di mana saya menyalinnya.. Kenalah proses mencari dijalankan...

   Dan hari ini, teringat akan laksa kedah, jadi balik dari sekolah, terus membeli ikan dan walla: jam 2.30  petang tadi, sudah siap laksa saya. Laksa perlu dibuat awal supaya rasa asam dan garamnya akan sebati dalam kuah laksa, barulah sedap. Petang nanti hanya akan masak nasi dan lauk sahaja. Ikan kembung, masak asam, sotong goreng halia dan kunyit, ikan goreng dan sayur.. cukuplah untuk berbuka..

  Teringat akan berbuka di asrama... selepas mengambil makanan, meletakkan di meja, saya dan kawan2 akan berjalan bersiar di sekitar sekolah (sultanah bahiyah) yang dipenuhi dengan pokok-pokok sabun (entah, apa namanya: saya namakan sabun sebab daunnya mengeluarkan buih jika terkena air) yang merendang, teduh dan menyamankan... bunyian burung-burung pula bersahutan.. memang trill.. 

  

  

Monday, August 9, 2010

Ramadhan, suka dan duka...

   Menjelang Ramadhan, hati saya dilanda hiba dengan tiba-tiba sesuailah dengan mood yang hiba lara untuk manuskrip yang baru. Penulis yang lain saya tak tahulah, tapi kalau saya part sedih memang saya akan menangis, kadangkala terhenti beberapa kali ketika menulis.. ambil feel.

   Saya terkenangkan nenek saya yang sudah lama pergi.. Teringat saya semasa saya kecil dulu (sekolah rendah) setiap kali selepas sahur, saya akan baca niat kuat-kuat... ha ha ha.. memang benarlah kata orang: di saat seseorang itu pergi, di saat itulah kita akan lebih merindu. Saya terkenangkan memori indah saya sepanjang masa bersamanya. Dia sebahagian daripada diri saya sekarang. Dia yang tidak pernah mengajar saya untuk melakukan sedikit pun kejahatan walaupun sebesar 'hama'... dia yang penuh dengan kebaikan & kasih sayang.. pesanan pentingnya : dengan Allah, ibubapa dan suami : jangan menderhaka.... I miss her so much.. deeply inside. Nenek saya meninggal dunia dalam Bulan Syaaban. Saya tidak pun berkesempatan bertemunya di saat akhir, sebab dia tidak mempunyai penyakit serius. Sudah berusia 80 lebih, jadi, semuanya kelihatan biasa. I miss all the good and sweets moments.

   Saya terkenangkan ibu mertua saya. Puasa tahun lepas kami sempat menyambut ramadhan terakhir bersamanya. Kebetulan, saya dan suami menyambut Hariraya di Langkawi, jadi, tidaklah dapat merayakan buat kali terakhir di Johor Bharu. Jadi, raya terakhir kami adalah dua tahun lepas,  pada 2008. Saya pasti sangatm tentu suami terkenangkan masakan mak di hari raya ini. Sebagai isteri, I bet saya tidak akan dapat menyamai masakan ibunya. Bahkan saya pasti, tiada seorang pun di dunia ini yang boleh menyamai masakan ibu kita sendiri. Masakan ibu mempunyai keunikan yang tersendiri. Nampaknya sudah kuranglah pahala, sudah berkurang seorang ibu untuk berbakti....

   Nampaknya tahun ini saya perlu mulakan "air halia" resepi mama saya. Tujuannya supaya membuang an gin dalam badan. Maklumlah, apabila berpuasa, perut yang kosong mengundang angin dalam badan. Mudah saja. Biasanya mama saya akan merebus air halia sebulan sepanjang Ramadhan.. mengelakkan gastrik juga)

   Resepi air halia:

    Halia lebih kurang 2 inci - ketuk dengan anak lesung.
    air 1 1/2 liter.
    kayu manis, ( 2 cm)
    serbuk jintan manis. (kalau malas tapis, bungkus dalam kain putih) 1 sudu kecil.
    gula merah / gula melaka (ikut rasa)
    daun pandan 1/2 helai.
    gula putih (kalau mahu lebih sedap gula organik)
    rebus sampai mendidih.
    -minum 2-2 mug sehari-

    Air rebusan ini tidak akan menjadi basi.. kalau tak habis, minum je esoknya (ulang rebus 2 kali sehari) kurang air tambah.. (ganti halia / pandan selepas 2 kali rebus)

   Teringat saya di hostel, best berbuka ramai-ramai.. juga masa di universiti, ramai juga kawan2 then berbondong-bondong ke masjid. Sekarang ni sembahyang pun di atas kerusi.. hmmm.. kaki saya memang tak boleh lipat lagi, sakit lagi...  kadang-kadang berjalan pun fobia, takut jatuh..



Sunday, August 8, 2010

A heart break.

   Berita perpisahan sepasangan suami isteri yang saya kenali bertahun lamanya menjadi 'a heart break' kepada saya. Saya terbawa sedihnya sehingga ke rumah. Nasib baik hanya mendengar berita ' a heart break' itu hanya setelah beredar pulang di dalam kereta setelah tamat majlis tahlil. Kali terakhir pada bulan Januari lepas, kami bertemu dalam satu majlis perkahwinan sepupu. They seems okay. Biasa macam 'couple' yang lain juga. Sedih sangat memikirkan mereka.

     Membayangkan diri setelah berbelas tahun (saya baru menjangkau 10 tahun tahun ini) tentunya agak pelik, ganjil, keliru sekiranya saya, tiba-tiba bangun pagi dan menyedari 'he is gone'...  Dia pergi 'out station' dua tiga hari pun sudah rasa berbeza. Kalaupun saya tidur lebih awal, tetapi apabila bangun, pasti menyedari 'sidia' tidur di sebelah, kebetulan manuskrip saya yang ketiga berkaitan dengan isu ini, tetapipun saya tidak mahu terjadi kepada saya mahupun sesiapa yang saya kenali. Sedih bangat rasa hati. Kenapalah perpisahan harus terjadi kepada insan yang bercinta, maha suci Allah yang mengetahui.. mungkin hanya mereka ada penyelesaian dan ceritanya....   Saya berharap hubungan yang retak ini akan berjaya dipulihkan.. I wish that a miracle can happen. Semiga Allah akan membuka pintu hati mereka untuk meneruskan hidup bersama... 

Tuesday, August 3, 2010

Minggu yang penuh 'blues'...

   'Monday Blues' barangkali sudah sangat sinonim dengan mereka yang bekerja. Maklumlah, dengan majoriti negeri-negeri yang bercuti pada hari ahad, hari isnin, semuanya sudah bersiap sedia untuk ke tempat kerja semula. Bermulalah rutin yang memenatkan, bermula dengan jalan yang jem, kerja, meeting, jalan sana-sini, bercakap... hmm. namakan apa saja.

   Saya kerap ada sindrom 'monday blues'... bukanlah kerana tidak suka ke sekolah, tapi memori bersenang lenang pada hari ahad (sabtu tidak juga, ada koku etc) masih di dalam minda. Sarat membawa kenangan yang enak-enak 'bangat'.. Banyak projek yang tidak berjaya diselesaikan dalam satu hari bercuti.. (sebenarnya sebulan pun tidak mencukupi) Apatah lagi, kalau ada 'meeting', mulalah datang 'meeting blues'.. kepala pening, mata pun stim sahaja.. he he.. Bahu yang tegang (stress)..  Maklumlah dalam meeting kadang-kala, 10 minit sahaja, sesuatu isu itu ada kaitannya dengan kita/ diri kita, yang selebihnya, sering tiada kaitan dengan masalah kita... mendengar isu yang tiada kaitan itu agak 'berat'... macam orang sibuk mengata hal orang lain, buat apa kita perlu dengar, tak ada kaitannya dengan kita pun... tapi itulah namanya mesyuarat..  dalam minggu ni, 2 kali meeting, minggu depan ada lagi! aduhai!

   Alhamdulillah, kaki yang sakit bertambah sembuh. Cuma sesekali terasa juga ngilunya terutamanya jika hujan lebat.. (sejuknya terasa bagaikan ke tulang hitam :kata orang-orang tua lah) Tapi sembahyang masih belum boleh berdiri tegak. Sebenarnya tiada masalah untuk berdiri tegak, rukuk dan sujud. Masalah wujud apabila perlu duduk antara dua sujud atau tahayat awal.. kaki masih sakit sangat. Duduk secara posisi senget ke kiri pun, terasa sakitnya lagi. Jadi, terpaksalah duduk di atas kerusi untuk bersembahyang.. dan tidak seronok sebenarnya sebab melanggar kebiasaan kita bersolat. Aneh, pelik tapi apalah yang boleh dibuat. Sekiranya diteruskan duduk antara dua sujud dalam keadaan 'sakit', hilanglah khusyuknya.. (lagi teruk, hilang tumpuan)

   Entah bagaimana tadi di kelas, setelah memberi penjelasan dan beberapa latihan dan meminta mereka menghabiskan latihan di kelas,beberapa murid lelaki saya tersengeh-sengeh sendiri. Masa 5 minit itu saya gunakan untuk melihat apa yang pelik sangat kelakuan dengan sekumpulan remaja lelaki ini. Seorang daripada mereka bertanya, "cikgu, can you answer personal thing?" dan saya menjawab ,"sorry... you've mention it already.. it's personal.." Katanya, "ini tentang puasa...?" dan firasat saya, ini bukan pasal puasa, tentu ada muslihat ni. dan saya menunggu soalannya. "What is puasa?" saya menerangkan dengan definisi, menahan diri daripada makan, minum dan memasukkan sesuatu ke rongga terbuka dari fajar sidik sehingga terbenamnya matahari.. (biasanya sekarang around 5.45-7.30 malam) Jadi dia berkata, "so can husband kiss wife.." Hah itu soalan sebenarnya? Ingin tahu? remaja, biasalah.. " saya kata, di pipi yes. Bahagian lain, tidak peru ditakuti kalau timbul keinginan untuk melakukan seks". Mereka pun ketawa. Saya katakan, "orang dewasa lain, we can control keinginan itu.. berbeza dengan awak yang remaja ni. awak susah mengawal perasaan itu." Mereka ketawa lagi. Dan saya jelaskan kalau berlaku kesilapan di mana suami-isteri melakukan seka, apa yang mereka perlu lakukan untuk membayar 'dam'.. mereka agak ternganga.. geli rasa hati.

   Dan saya berkata, "sebenarnya when u berpuasa, kita tidak akan terfikir perkara-perkara pelik sebab kondusi badan kita yang keletihan akibat tidak makan dan minum." dan saya tambah lagi,"elok juga awak berpuasa juga supaya awak keletihan dan tidak banyak bercakap dalam kelas." Dan mereka terus ketawa.


Sunday, August 1, 2010

Sehari bersama Dina....

   Saya masih ingat, wajah dua adik-adik saya ini, Ena dan Dina semasa mereka masih menjadi pelajar tingkatan 5 saya semasa tahun-tahun awal saya menjadi guru. Dan sekarang, mereka masing-masing sudah bekerja. Masa terasa begitu cepat berlalu.

   Hari ini saya menghabiskan masa sehari bersama Dina(normadina).. sebenarnya bagi meraikan harijadinya yang akan disambut pada 31 ogos. Kebetulan tarikh tersebut bukan sahaja 'puasa' malah saya juga menyambut Ulangtahun perkahwinan saya (agak patriotik sangatlah saya ini, sebab itulah saya memilih berkahwin pada 31.8.. klasik kan?) Jadi, sukar mahu menyambut harijadinya, kebetulan, dia tinggal di Puchong dan saya pula di PJ, sukar juga membuat temujanji pada bulan Ramadhan..(bimbang akan keselamatan dia yang akan pulang malam hari)  Kami bertemu di LRT central Market seperti biasa, makan di Secret Recipe (lunch)..

         Yang kelakarnya, bertemu sepasang 'hmmm', tdak tahu apa gelaran yang sepatutnya..  nampak gaya bagaikan baru berdating. Hanya makan sepoting kek dan minuman panas masing-masing, dan sayangnya hanya menghabiskan suku kek sahaja.. adus.. baeangkali keduanya kontrol ayu.. seingat saya dulu, saya kalau berdating, makan ajelah atau 'bedal' saja.. apa yang hendak dimalukan untuk makan..  tentu sidia dan saya, makan dengan mulut dan tangan.. jadi apa bezanya? Malu? ha ha ha..  kami di sebelah hanya memandang dengan perasaaqn 'gerammm'. Kan membazir namanya kek yang dua-duanya hanya dikais 25% daripada kek itu.. membazirkan perkerjaan syaitan..

   Selepas itu, kak meronda di Hong Kong, dapatkan beg berjenama tanpa perlu ke Paris atau London atau ke KLCC. Bukannya apa, menjimatkan RM beribu-ribu duit suami..  ha ha ha..  sekali lagi, buat apa mahu membazir duit dengan jenama yang mahal, membazirkan pekerjaan syaitan... he he he..

   Sudah agak penat kaki berjalan kami ke fish spa.. best.. merendam kaki dan rasa kegelian digeletek olehikan yang memakan kulit-kulit/tisu yang mati (dead cels) Best! Yang rasa lenguh-lenguh dan penat itu pun tearas lega sedikit. Membayangkan diri berendam dalam kolam, dan seluruh badan digeletek oleh ikan.. he he.. agaknya melompat dalam kolam itu. Ingin mencuba juga, di Mid Valley, anda berpeluang mandi bersama ikan, tapi saya yakin, kosnya pasti RM 100++ , agak mahal di Malaysia.

  Kemudian, duduk bersama makan-makan lagi, minum petang sambil membincangkan manuskrip baru yang tengah diusahakan. Pendapat orang muda diperlukan kerana golongan inilah yang paling ramai membaca buku cinta...  Kumpulan yang tengah bercinta, mencari cinta dan barangkali belajar mengenali cinta....  Sayangnya tiada goreng pisang, goreng cempedak atau keledek yang dijual di Food Court...  tentunya rancak berbual dengan gorengan tersebut... 

   Si Dina ini masih kosong...  baik hati, latar keluarga yang baik, anak yatim kerana sudah lama kehilangan ayahandanya, beragama...  jadi kalau rasa-rasanya anda juga mempunyai ciri-ciri yang baik, bolehlah e-mel saya..  (tapi tentu saya yang akan menemubual anda dahulu.. he he)

  
 

Thursday, July 29, 2010

Alhamdulillah 2..

  Kaki semakin pulih.. berjalan pun sudah kurang 'sangat-sangat sakitnya'.. Alhamdulillah. Sesekali saja terasa ngilu di tulang. Terasa gian mahu berjalan-jalan.. he he. Selepas asar, ingatkan mahu 'nap' sekejap (walaupun sedar tidak bagus tidur selepas asar tapi punyalah mengantuk sangat... Tapi rupanya tidak mahu terlelap pulak. Ingatkan mahu keluar saja, tapi sudah jam 6 petang, lepas tu sudah maghrib, jadi tangguh sajalah ke hari esoknya. Sudah 2 minggu tidak keluar.. bagaikan orang yang baru dapat kembali kakinya.. Terima kasih Ya Allah, kerana sembuh kembali.. Berjalan tu masih agak lambat la, but daripada merasa 'kesakitan' dan tidak berdaya bergerak langsung, boleh berjalan lambat sikit (lambat mengikut sayalah, sebab saya berjalan memang laju giler) ini sudah menjadi satu Rahmat besar.
 
    Perkara pertama mesti ke kedai buku.. he he..dapatkan hadiah harijadi kepada kawan saya.. (dua orang) baik hadiahkan buku daripada beri hadiah yang bukan-bukan... kalau dia mahu, boleh belanja makan juga sebelum puasa..

   Lega mendengar khabar, cuti Hari Raya bersambung dengan cuti sekolah.. ( 2 minggu) mungkin tidak lama di kampung, selepas 1-2 hari beraya.. entahlah bagaimana program suami. Yang penting dapat menjalani ibadat puasa dengan lebih lama sedikit dengan keluarga.., sebelum berhari raya.

   Banyak perkara dalam minda, peperiksaan, ulangkaji, manuskrip pun perlu dihabiskan juga dalam beberapa 4 bulan ni.. Ya Allah.. boleh tersumbat juga kepala ni.. he he  Mudahan Allah permudahkan segalanya.

Wednesday, July 28, 2010

Alhamdulillah..

  Alhamdulillah. Kaki saya semakin baik walaupun tidak pulih sepenuhnya. Yang paling tidak best, berjalan masih terjungkit-jungkit.. sembahyangpun masih atas kerusi.. (tak best sebab tidak biasakan) Masih tidak boleh duduk antara dua sujud/sujud.. kaki tak boleh dilipat lagi.. Barangkali inilah peringatan Allah, masa kaki elok tak sembahyang banyak2...   Masa sihat barangkali, kita tidak beringat banyak.. Ya Allah.. masa ini terfikir, Sememangnya Allah memberikan musibah sebagai tanda peringatan.

   Tiba-tiba saya teringatkan yang saya perlukan resolusi baru. Sepatutnya dibacakan azam setiap malam sebelum tidur sebagai peringatan kepada diri kita sendiri. Agak lama juga saya tidak membaca resolusi untuk diri sendiri. Saya alpa dan lalai.. Saya membiarkan masalah-masalah dan kehampaan menguasai diri saya(mostly and partly rancangan besar Syaitan yang tidak mahu kita majukan diri) Syaitan sengaja menjadikan kita rasa kecewa dan malas berusaha gigih. Saya mengumpul kekuatan agar saya perlu memulakan 'malam' ini juga kebiasaan yang saya lakukan sejak beberapa bulan dahulu.

   Tiba-tiba saya ditangkap rasa sayu dan pilu, terkenangkan semua individu yang telah lama meninggalkan saya. Nenek saya, datuk saya, ibu mertua saya...Kalaulah Allah berikan saya satu hari terakhir bersama mereka, saya mahu memeluk mereka erat-erat...   dan di celah-celah kepiluan itu, amat bersyukur dianugerahkan teman-teman yang baik dan sangat memberikan sokongan. Ada sekumpulan kecil, kawan-kawan baik yang sangat prihatin... berkongsi ketawa dan menangis bersama. Tanpa mereka tentulah hidup saya akan penuh dengan kesukaran... Dengan mereka, semua cerita duka, menjadi tawar dan resah bertukar rentak.. bercadang mengadakan jamuan ringan bersama, tapi maklumlah kaki yang tidak mengizinkan sekarang.. Insya-Allah dibawa selepas Hari Raya. 

   Tahun ini berkesempatan menyambut Hari Raya bersama keluarga saya di Langkawi. Sepatutnya tahu ini jatuh giliran ke JB, ke rumah ibu mertua saya.. Disebabkan suami saya sudah kehilangan kedua ibubapanya, jadi kami akan merayakan di Langkawi sahaja. Tentu dia terasa sangat kehilangan ibunya memandangkan inilah kali pertama merayakan tanpa ibunya.

   Salah satu resolusi, janganlah melihat kelebihan diri sendiri (sombong) kerana kesombongan adalah larangan dalam Agama. Jangan juga melihat kelemahan orang lain, seolah-ola kita lebih baik daripada orang tersebut. Dengan kata lain, kita menzalimi diri sendiri.

   Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan orang lain.. dan saya suka sekali mendoakan agar semua kawan-kawan bujang saya diringankan jodoh mereka dengan suami/isteri yang soleh/solehah... Tentunya hidup saya akan lebih meriah..