Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Wednesday, December 29, 2010

Resolusi Tahun Baru...

  Resolusi tahun baru! 1. Saya mahu menjadi seoang muslim yang lebih baik! Saya mengharapkan agar Allah akan sentiasa mengampuni kesalahan saya, dari sekecil-kecilnya, sehinggalaha ke sebesar-besarnya, sama ada yang disembunyikan, mahupun yang terang-terang saya nyatakan.. Saya hanya insan kerdil. Saya berharap agar Allah sentiasa merendahkan diri saya, menjauhi diri saya daripada sikap egois dan memandang rendah orang lain. Semoga Allah menitipkan saya dengan sikap2 baik sesama manusia dan makhluk Allah lainnya.tetapi still kucing tak suka kalau kucing menggesel saya, saya geli...)

   Untuk diri saya sendiri, banyak lagi yang mahu dicapai... dan perjalanan masih jauh.. saya harap saya boleh bersara semasa berusia 50 atau sebelumnya.. malas lagi nak bergelut dengan filing (not students, I love students tapi yang rajin je, bukan yg malas)  ha ha ha.. sebab sekarang ini saya suka dengan lap top more than anything.. he he )

   Salah satunya menjadi penulis yang dapat berkongsi sedikit daripada 'ilmu'Allah yang banyak ini.. Tak terhitung luasnya alam (sebanyak-banyaknya ilmu Allah), yg dapat saya kongsi dalam buku saya hanyalah barangkali hanya 1/1000000000000000 daripada setitik tinta! saya percaya 'sharing is caring'.. Selagi ilmu itu tidak menyalahi konsep Islam, saya kira, ilmu itu boleh digunapakai dan dikongsi dengan orang lain.. Bukankah begitu?

  Saya mahu melihat banyak lagi bumi Allah... tentu 'amazing' meilhat dunia dari kacamata kita sebagai makhluk yg kerdil.. yang dapat kita lakukan hanyalah sedikit sahaja.. Allah berian kita dengan sebesar-besarnya nikmat untuk berada di bumiNya.Setiap hari, saya bersyukur masih lagi berada di bumiNya dengan keizinanNya. 

2. Saya berharap menjadi isteri yang lebih baik daripada sebelumnya.. Ha ha ha! sometimes saya ini susah untuk difahami, he he he.. tetapi saya tahu saya seorang yang sangat pemaaf dan penyabar.. (he he kononnya) dan suami saya pun banyak bersabar dengan kerenah saya yang pelbagai... satu hari saya boleh menjadi "the ugly duckling", pada masa yang sama, saya boleh jadi, "the swwettttt princess"... hanya 'dia' yang tahu.. (senyum saja)

3. Saya berharap menjadi seorang anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya. Tak banyak yang saya lakukan untuk mereka. Wishing can do more and more to see them smiling and laughing... dan membuatkan saya terkenangkan ibu mertua sahaja (hajjah Fatimah Omar yang meninggalkan kami pada 26.12.2009) al-Fatihah... nenek saya, datuk saya, dan ramai lagi, yang telah meninggalkan saya terlebih dahulu.

4.Saya berdoa agar menjadi pendidik yang terbaik kepada anak-anak didik saya...

5.Saya berdoa menjadi novelis yang bukan sahaja menjadikan pembaca sebagai pembaca tetapi sebagai kawan-kawan saya... (asalkan anda seorang yang senang bergaul... tak 'eksyen2.. he he) Saya memang 'anti sombong' tak suka orang yang suka menunjuk-nunjuk ..  pelik dan tak sesuai..  Alhamdulillah... semua kenalan saya baik2 belaka sebab kalau 'stylo' yang tak serasi, memang automatik tak boleh dekat. Kadangkala tu, baru je jumpa, terus menjadi kawan baik sebab they just kind! 

   Saya hanya mahu menjadi saya dalam 'pandangan dan kacamata Allah, suami, ibubapa, pendidik, novelist dan manusia lain dengan  lebih baik' lagi.. dan lagi.. harapan dan doa saya, kita akan saling memberi manfaat kepada yang lainnya!

Sunday, December 26, 2010

KL, Selamat kembali.

  Semalam, (22 dis) 7.30 pm, selamat sampai ke KL.Perjalanan sepanjang jalan okay sahaja. Lunch di Tandop di famous gerai di Tandop, kira-kira 100 meter dari Shell.Gerai yg besar (kategori gerai sebab menggunakan kanvas sebagai bumbung tetapi keluasannya bagaikan restoran- lauknya pun banyak sekali.) Ada pelbagai lauk pauk, ikan bakar-ulam dll. Terus sahaja ke hadapan, highway terus masuk ke lebuhraya.

              Sampai sahaja ke Tol Sungai Buluh sudah jem sehingga highway Damansara.. adui.. lama di sini, kereta berbaris panjang.. Yang geram tu, terdapat pemandu yang 'tak sekolah'.. main potong dari kiri sesuka hati.Tak ada mata untuk 'melihat' barangkali, pengguna lain sabar berbaris panjang, tak ada 'hati' juga, main potong ikut suka hati sahaja, yang penting 'tak ada otak', tak tahu fikir yang mana betul atau salah. Kesian betul orang macam ni, Allah beri otak dan 'akal', tak pula fikir dengan baik! Nanti Allah tarik balik 'akal' yang baik itu, barulah betul! Jadilah macam kucing... burung yang tak berakal.. Barulah padan dengan muka!

          Tergelak mendengar statement suami, yang katanya, "tak puas bercuti."  "dekat dua minggu cuti, tak puas lagi?" Sebab dalam tempoh tersebut, (11 dec - 22 dec) lima hari kakinya sakit. Penyakit genetik warisan keluarga, Gout! Kasihan juga, nak berjalan sakit, itupun satu kawasan rumah dibersihkannya.. Rumak mak saya banyak pokok, dulunya ada seorang pakcik yang bernama Pak Mat yang datang 'tolong' bersihkan, tetapi sekarang ni, dia sakit dan tidak boleh bergerak banyak, jadi, banyak daun-dan yang gugur dalam kawasan rumah. Mak saya pula datang ke Kl sejak 29 Nov, jadi siapa lagi yang ada untuk bersihkan kawasan.. Bapa saya? ohh tak boleh.. sejak berusia ni, dia diserang asthma.. Berjalan sikit pun perlukan "pam"..

     Part yang paling saya tak suka, menaiki feri.. aduhai, jemu.. walaupun sering membawa banyak buku dalam bag sandang, kadang tu tidak terbaca juga.. he he he.. Kata saya "kalau millionaire, nak beli helicopter.." Kata mama saya, "jenuh kalau pakai heli, maintenance mahal.." Buatkan saya tergelak.. "Kalau ada duit beli heli, tentu ada duit untuk alat gantinya..." he he..

   Rindukan air terjun... di sana, dekat saja dengan rumah, dalam 10 minit.. Kalau rasa nak mandi air terjun, siapkan baju, makanan, berendam lama-lama kat sana. Huss best!

Thursday, December 23, 2010

Maha, semuanya kenalah 'maha'...


Mahu ke MAHA? Anda perlulah maha sabar, maha kuat kaki, maha tahan hujan, maha bengang, maha geram..then barulah boleh sampai ke Maha...

Ke Pameran Maha, (28 nov) bukanlah dalam perencanaan saya pun, sebenarnya, teringin juga sebab ada menyebut Maha Internasional. Lagi pun, my mum, auntie dan anak-anak buah di sini.  Jadi, Maha pun, Maha lah.. jiwa berkobar-kobar walaupun suspen juga tentang isu trafik etc, maklumlah, pameran antrabangsa. Teka-teki terjawab, di sepanjang  lebuhraya, tak ada masalah... lancar sahaja. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
   
            Dari simpang UPM ke MAHA, di sinilah bermulanya masalah. Jalan yang sepatutnya sebaris sahaja, disi dengan tiga baris kereta..Dalam kereta, kita sudah berasap 'free'. Sepatutnya 1 baris sahaja, emandu yang tak berakal ni, main potong dan buat 3 baris yang tak perlu. Sepatuntya lalu lintas dikawal oleh POLIS TRAFIK bukannya RELA yang tidak mempunyai kuasa menahan dan menyaman pemandu yang samseng! Kalau polis trafik, saya percaya, habis patut kena saman! Barulah line boleh clear.. Lorong masuk hanya 1 lorong, dan di jalan ada 2 'barisan haram', satu saja yang betul (halal) manalah tak jem teruk. Parking tak ada masalah, sebab ada beribu parking.

   Panduan MAHA pun sepatutnya diedarkan di pintu masuk. Orang ramai seolah tak tahu mana mahu tuju sebab banyak pembahagian pameran... kalau diedarkan pamplet di pintu masuk, tentulah 'baik' sangat..kita faham mana mahu dituju! Kenderaan disediakan di dalam untuk bergerak, tetapi disebabkan tiada panduan, "LOST"

    Overall, nama sahaja International, tapi, penggendalian tidaklah bertaraf "antarabangsapun".. banyak yang perlu diperbaiki. Untuk kami, TIADA MAHU KE MAHA LAGI, SERIK!!!

                                              

Friday, December 17, 2010

Reaching the end!!

   Manuskrip masih ada berbaki dua puluh pages lagi! Kepala sudah berat! Diam tak diam, baki cuti sekolah hanya ada 2 minggu lagi! Dua minggu! Cepatnya masa berlalu! Dua tiga hari akan balik ke KL, busy dengan printing manuskrip, lepas tu meeting dan sekolah sudah mulai dibuka! Dan kepala dan minda belum siap sediapun dengan kerja! Aalamak! kerja! Kamus Minda belumpun siap sedia dengan 'makna' K.E.R.J.A ha ha ha!!! adus!

   Dalam sibuk beginilah, suami akan mula mengacau, katanya "Yang, jom kita ke mall, beli biskut. " aduii!! macamlah kalau dia sendiri tak boleh beli biskutt. Nak romatik! Taklah.. tu namanya mengada-ngada! Bila saya sibuk dengan manuskrip terutamanya mahu menamatkan, selalunya dia macam tu lah.. Ke mall, beli ais krimlah.. biskutt!! he he he.. Tidak mahu ikut, tidak sampai di hatilah pulak.. katanya, "ikut suami kan dapat pahala.." Ya lah tu!

   Di Langkawi, tidak ada banyak masa free sebenarnya.. sibuk memasak memanjang..kalau di Pj, saya kadang2, siang tak masak pun.. he he.. masak dinner je.. siang tak payah makan! Puasa! tapi di sini, ramai juga ada, jadi masaklah... rasanya naik lagi dua tiga kg.. aduss!!!

  Harapan saya saya boleh habiskan manuskrip sebelum balik ke KL dan akan sempat print sebelum tahun baru.. Gayat! Gayat!

Thursday, December 16, 2010

Reaching the end!

   Manuskrip saya yang ketiga hari tu sudahpun tamat, tetapi sendiri baca pun, macam ada yang tak kena. Tak 'syok' kalau 'jumpm' masa jauh sangat. Jadi, saya fikirkan, mahu tambah satu bab lagi. (satu bab saya mengandungi beberapa sub tajuk, lebih kurang 50 mukasurat A4) jadi, tambahlah.. balik ke Langkawi ni, susah sikit nak buat kerja..banyak makan... jadi mengantuk dan susah nak bekerja.. ada masa, merayau-rayau pulak.. he he..

  Okaylah, sampai separuh jalan.. mesti habiskan juga.. balik nanti, print, bind dan hantarkan saja.The feeling is there.. yah! dah tahu bagaimana menamatnya, cuma perlu tuliskan sahaja.. nak feeling lentok je... saya batu tamatkannya di pulau cinta! yah!!! Apa sebenarnya Pulau cinta.. tak mahu cakap sekarang, tunggu sehingga buku siap, then penerbit kata okay dulu... tapi bukanlah Langkawi atau Kenyir yg pernah saya tuliskan dalam buku pertama (manalah syok asyik mengulang tayang... kan kan..)

  Actually, agak sukar sebab membayangkan diri dalam watak Wulan yg, mempunyai dua anak remaja dan menjanda atau single mother sebab saya bukan single mother... menghimpitkan diri dalam watak itu, dan ..dan... 

   Langkawi..tidak juga panas dan hujan.. dua-duanya sekali. Sekejap panas dan hujan.. matahari ada, tapi hujan juga.. menyejukkan bumi. Sekarang ada penerbangan terus dari Finland - Kuala Lumpur - Langkawi.. semalam, katanya ada  hampir 300 orang Finland ke sini, mencari matahari sebab tempat mereka bersalji dan tiada matahari.. (kasihan kan? kita patut bersyukur... sejuk2 ni saya allergik sikit, mungkin berhibernasi sajalah.. tambahkan KG +++ di badan..hah!)

Tuesday, December 14, 2010

Reaching Langkawi..

   Kalau di Pantai Timur ada musim tengkujuh, di Langkawi ni disebabkan pulau, kadang-kadang tempiaslah cuaca seperti itu juga. (bukan kadang2, tapi bulan okt-dis) ada aktiviti yg kurang sesuai dijalankan.. 1. Island hoping..  kalau hujan atau tak ada hujan pun, laut berangin sikit, jadi kalau tak nak mabuk percuma sebab laut beralun sakan.. janganlah ke island hoping. Kalau mahu Island hoping, tengok je cuaca cerah macam hari ni, cepat-cepatlah cari bot dan pergi. Tidak boleh melakukan island hoping pada waktu petang, sebab memang cari penyakit...  petang hari, biasanya ombak besar sebab keadaan laut berangin..  Orang biasa yg mempunyai hobi ke laut sepererti adik ipar saya pun jarang ke laut pada musim ini..  Jadi kalau bercita-cita mahu ke pulau danberkelah, maka fikir-fikirlah..   dicadangkan aktiviti pada pagi - tengah hari sahaja jika cuaca baik.

2. Aktivitti kedua yg kurang sesuai adalah menaiki cabel car.. Apabila hari hujan atau keadaan berangin, cabel car akan ditangguhkan perkhidmatannya sebab situasi agak merbahaya. Jadi, jika cabel car termasuk dalam salah satu program, pastikan anda cepat2 ke sana, jika melihat cuaca cerah dan mentari 'tersenyum beb'. Jangan tangguh dan menunggu, sebab cuaca tidak menunggu anda!!!

3. Aktiviti lain tak ada masalah!! selamat bercuti..  dan saya masih bergelut dengan bab terakhir buku ke 3 saya sebab rtasa tak best ending begitu saja, jadi saya tambah 1 lagi bab..  tapi tak pe, ada banyak masa untuk menulis di rumah.. selain masa tidur, masak, lain tu 'free time'.. he he

Saturday, December 11, 2010

Reaching 'Langkawi'

  Balik ke Langkawi, well...saya tak namakan bercuti sebab balik kampung.. he he.. tapi macam bercutilah juga.. balik rehat2 minda dan fizikal..mandi laut, mandi sungai... mandi 'mata' dan 'poket' juga. adoi! adoi! adoi!

  Bertolak balik dari petang semalam, jam 4 petang, ke Klang, ambil sorang anak buah, Sarah dan dari Klang ke Damansara dan direct highway ke Ipoh.. Agak jem sehingga reach Rawang.. (hampir jam 7 petang di Rawang) rupanya ada accident antara kereta dan lori kecil yg sudah masuk longkang! Padanlah jem lama...   malam jam 11 malam sampai alor setar, tidur di sana... pagi pekena roti canai (sedap ya amat!) dekat dengan smk teknik (gerai biasa je) dan nasi lemak comel yang juga ummpph (memang sah, di kedah atau utara orang pandai masak, pandai makan, pandai rasa! Pendek kata ada 'Taste' lah.. di Kl atau Pj kadangkala susah nak makan sedap di gerai biasa!

  Ke jeti jam 10 pagi.. malangnya feri hanya ada jam 11.45 pagi. Styukorlah saya sentiasa membawa banyak buku-buku dlm beg sandang saja.. banyak juga saya membaca sambil menunggu feri.. dan feri yng berjalan macam orng semput dan athma.. sesekali macam org yang kena 'strok' juga.. hmmm...  kalau ada kemudahan menaip agaknya boleh habis suku  bab saya menulis.. haiya!!! alahai!!! patutnya elok beli je feri  baru je..  dan saya berangan mahu belikan helikopter atau kapal terbang/ jet peribadi sendiri, senang mau balik kampung... hmm.. paginya kata bapa saya hujan lebat di pulau ni, tapi sebaik sahaja kami sampai, hujan sudah pun teduh..bagai menyambut kami pulang, jadi taklah panas sangat!

  Rancangan! belum merancang rancangan.. esoklah mula.. malam ni mahu neradu sebab penat duduk dalam kereta, lama sangat.. apa pun,. mulakan program dengan menonton Narnia di pawagam!!

Sunday, November 28, 2010

Reaching the Joy... loading the fridge

   Kalau diikutkan komunikasi lama, my mum, auntie and geng piranha ini akan datang pada 29.11... entah macammana betlaku miss komunikasi... auntie and my mum beritahu, mereka akan datang pada 28.11, tapi agaknya, sama ada saya yang tak dengar, atau salah haribulan... saya fikirkan mereka akan datang pada 29.11 jugalah. Jadi plan dapatkan bekalan makanan saya(grocery) pada 28.11. Maklumlah sebelum tu masih bz dengan editing manuskrip... jadi masa tu makanlah apa-apa sajalah.. seadanya.. he he..

   Petang 27.11, saya menelefon mama saya, dan barulah agaknya 'terkejut beruk juga' sebab katanya mereka akan menaiki kereta api pada 28.11, bertolak pada jam 8 pagi dan akan tiba pada jam 2 petang..alamak, macam mana pulak ni, peti ais saya masih kosong! Masalah besar ni, kalau ramai2  ni, makan di luar memang lah tak 'ekonomi sangat'... di kedai makanan, semuanya mahal. sepiring sayur pun sudah 3-3.50 sen padahal, kalau beli sayu, boleh 2-3 ikat sayur. Yang dimasak dikedai hanya 5 helai sayur.. HMMM ...

  Mahu membeli pada petang sabtu, alamak.. susah parking.. dua, ramai orang, tiga, kalau lewat, leceh mahu berkemas, ikan mesti dicuci dsbnya. Pendek kata, sangat L.E.C.E.H.. Lagipun sejak kempen tidak menggunakan beg plastik setiap sabtu, saya rasa ramai orang tidak membeli belah pada hari sabtu, sebaliknya menukarkan kepada hari ahad.. (tidak bijaklah sangat kempen ni) Satu beg plastik pula 20 sen, mahunya kita terpaksa guna 15 beg, dah rugi rm 3. Sebulan Rm6, kalau setahun, banyak jugakan... bukan ditolak cukai pendapatan pulak..Hah!

   Jam 9 pagi, saya sudah tiba di Tesco. Kalau lambat susah mahu dapat parking. (itu baru satu perkara) Kedua, ramai orang kalau lewat. Pergi shopping dulu sebab malas mahu 'beremba' (Kedahan maksudnya beramai-ramai dengan orang)  itupun ramailah juga, tapi okaylah, tak la sesak sangat.Habis shopping, minum jus dan huah, lepas tu sempat minum dua cup kopi di Ikea... lepas tu balik, rupanya sudah jam 1 tengah hari.. tak sempat loading lagi, masak tu..

  Masakan yang ringkas saja sebab nak cepat.. udang goreng asam, rojak mamak (sengkuang, timun ,tahu goreng, telur rebus ) sebab kuah kacang memang  sedia ada dalam peti ais.. dan tenggiri masak asam. Itu pun jam 2.30 baru settle, sebab baru nak buah cili pes, baru nak cuci ikan.. aduii!! selalunya saya plan, siapkan cili pes hari sebelumnya, ikan sudah disiang, udang sudah disiang, masak je.. 45 minit-1 jam, tentu boleh siap...  sesekali rasa 'kartun' macam dalam TOP CHEF.. he he.. macam berlari-lari sana sini. Lega sebab mereka sampai rumah pun jam 3 petang, (suami ambil) just ready makan, siap dengan Lemonade segar lagi.. he he..

   Esok plan ke Maha.. serdang..best.

Friday, November 26, 2010

Reaching the Joy

  Tepat jam 3.20 petang, dengan rahmat Allah, saya berjaya menyudahkan manuskrip yang terbaru. Buku ketiga. Ayat yang terakhir seolah menggegarkan kepala saya. Saya bersorak sendiri. Yahoo! dan dalam hati mengucapkan alhamdulillah. Semuanya berlaku atas kehendak DIA. Semuanya berlaku dengan Rahmat DIA. Andai Allah tidak membenarkan saya mengangkat jemari saya di atas keyboard pun, sudah pasti saya tidak bisa menulis sebuah buku lagi (manuskrip sebab belum diterbitkan) Andai Allah tidak mengizinkan minda saya bergerak juga, tidak memberi ilham, ideas (yang moga2 bernas, berguna untuk saya dan pembaca) saya pasti, sepatah perkataan pun tidak bisa saya titipkan. Demi KasihNya, RahmatNya, RahmahNya, SakinahNya, semua bisa berlaku. Dan saya mengucapkan syukur.
  
    Kebetulan, suami baru menelefon pada jam 3.15 minit. (Sebenarnya tak mahu mengangkat telefon sebab mahu habiskan ayat manuskrip saya, tapi macam melampaulah pulak.. tu kan suami!) dan saya menjawab sekejap..."Ayg call balik..sikit lagi nah habis.." kata saya, ta mahu berkata banyak.. he he dan menyambung penulisan saya. dan finally, reaching the joy.. saya pun telefon dia dan berkata: yahooo! dan dia pasti tersenyum di hujung gagang. semoga giler isterinya ini tamat! ha ha ha ha.

  Step berikutnya, mengedit, semak dan print dan binding. Dan semuanya mesti dilakukan dalam tiga hari saja. Tiga bab untuk satu hari! Kemudian menyediakan blurp depan, belakang, sinopsis.. The ned. Tidak banyak lagi perlu disiapkan.. tapi pun, pinggang rasa sudah bengkok!

Wednesday, November 24, 2010

Reaching the final 2

  Malam ini officially mulakan bab terakhir.. Tak tahulah kalau boleh bertahan, cuba habiskan 20% manuskrip dalam bab ni. Bab akhir seperti kesimpulan. Semuanya pendek dan padat! Tengah memikirkan mahu beri W to R atau biar kekal dengan K. Hmm. Saya lebih suka dia bertemu semula dengan R.Kata kawan saya, okay juga dengan K. Apa pun keputusan di tangan saya sebab cerita ni cerita saya kan.. he he he..

   Bernasib baik, kaki suami sudah sembuh, boleh buli dia lagi.. yah!!!  Bimbang melihat kaki dia yg sakit, tapi apabila memahami punca masalah which is 'asidic' bolehlah ada cara mengatasinya. Saya nasihatkan dia agar ambil lebih banyak makanan yang bersifat alkali seperti buah-buahan, green tea, sayuran.. dan kata-katanya membuatkan saya tergolek gelak.. "Ingat abang bateri ke?' ha ha ha..  dan saya katakan, "Lebih baik isi badan  abang macam  bateri daripada sakit." he he.. Dia senyum saja.

   Saya ni bukanlah orang yang mudah juga, 'not easy' to live with.. ha ha ha.. tetapi saya tahu dia menyayangi saya seadanya. Bertolak ansur adalah kuncinya. Isu yang saya tulis dalam manuskrip ini, bukan isu biasa. Tapi saya memilih untuk tudak memberi tahu dulu isunya. Biarlah selesai manuskrip, sudah dihantar kepada penerbit dan mereka bersedia untuk terbitkannya.

   Tajuknya pun: biarlah menjadi rahsia dulu. Biasanya ada analogi yg saya kaitkan dengan tajuk buku saya. kalau Dc maksudnya, cinta daripada pelbagai sudut. Cinta sikunang-kunang, ada cerita di sebaliknya juga.
Yang ini pun sama, ada fenomena alam yg boleh dikaitkan juga. Harapnya boleh habis esok atau lusa, edit dan print.!

Monday, November 22, 2010

Reaching the final

  Perkara yang paling menyeronokkan tentang menulis adalah, apabila reaching the final.. actually, belum betul2 habis, lagi 15% sahaja. Inilah part paling Rock!! Melihat hasil kerja beberapa bulan yang lepas sudah mencapai penamat. Seolah berlari dan menghampiri reben yang disediakan untuk pelari! Yah!

    Sesudah selesai penulisan, perlu editing..macam orang yg. sudah masak, perlulah tambah perisa. Garam, gula, asam etc. Adding peribahasa, kata2 pepatah, nice wording, macam tu lah..then edit ejaan.. kemudian baru print, binding dan hantar penerbit. Actually, terpulang kepada penerbitan, ada yang terus hantar guna e-mel sahaja.. ada yg buat pertama kali perlu print dan binding, then yang kemudian, thru e-mel sahaja sebab kali pertama mereka perlu baca yang dicetak, 'hard disk' lebih mudah daripada baca di e-mel.

  Apa pun, it's like a big victory this time, sebab kali pertama menulis, saya mengambil masa 1 tahun. One solid year.. penat giler.. rasa berasap kepala. Tunggu penerbitan approved pulak, lama juga sebab penulis baru, penerbit tak kenal lagi. Buku kedua, lebih pendek, lapan bulan, tetapi respond penerbit hanya dua minggu sebab sudah kenalkan.. jadi, cepat. Manuskrip ketiga ni, alhamdulillah enam-tujuh bulan. Mungkin sebab sudah agak biasa menulis, maka lebih cepatlah menulis kot.

  Habis manuskrip ni, perlu mula file baru.. sambil tu rest dulu sambil menanti my mum dan auntie tiba. Bawa mereka jalan2 dan menonton Natrah. Three Scorpions berjalan-jalan.. + yang lain-lain.. (awas, scorpion kalau tak dengar cakap, sepit je..he he he) Lepas tu balik Langkawi sekejap.. Kesian husband..Kaki dia bengkak lagi dengan tiba-tiba. Saya sudah ajak ke dr, tapi katanya tak mebgapa..biasanya dia letak plaster singseh, akan baik punya.. tapi setelah dua hari, tiba2 sakitnya melampau.. sendi di bahagian kaki (menghamoiri ibu jari sakit) tak boleh jalan..kecoh juga..

    Rupanya setelah ke Dr, selesai ujian darah dan test,  asidic banyak.. punca, makanan yang kita makan lah.. dan saya tahu kenapa. Dia tak minum teh hijau (green tea) yang berguna untuk naturise asidic dalam badan. Saya minum green tea 3 cip setiao hari, selepas makan untuk naturalkan asidic dalam badan. Dia minum nescafe sehingga 6 cawan sehari (meaning sangat asidic sebab kopi adalah bahan asid, jika diambil sedikit okay, tetapi terlampau banyak... ) Mendapat syarahan free daripada Dr Nora.. (saya lah tu) Hari ini dia bertukar meminum kopi habatus sauda (dgn madu) menggantikan kopi.. (he he.. berjaya juga leteran DR)
Sebenarnya menjaga badan sendiri tanggungjawab sendiri, masalahnya adus, 'kedegilan di tahap gaban'.. kalau sakitkan, susahlah kita juga! atau minum klorofil, ambil pil .. (apa saja yang warnaya hijau..he he , tetapi bukan buangan lembu atau kerbau ya)

    Harapnya dia akan mendengar nasihat saya.. tapi kesihannya, seafood kenalah kurangkan.. balik langkawi ni masalah sikit ni...  Berharap, malam ini akan berjaya menamatkan bab 8. esok perlu ke sekolah untuk bertugas... (Rugi 1 hari)

Friday, November 19, 2010

Hari raya Korban!

   Semoga sahabat-sahabat saya, saudara-saudara Islam saya dapat menunaikan haji dan mendapat Haji Mabrur! Di petang hari raya korban, menerima sms jemputan, stelah panggilan biras saya, Amy tidak saya jawab. kadang-kadang saya ni bernasalah sikit. Telefon kerap kali saya tinggalkan di bilik, jika saya ke tingkat bawah rumah.Ada masanya saya di bilik, dan telefon pula di tingkat bawah. Agaknya, saya memerlukan tali dan menggantung telefon di leher! Amy dan keluarganya menjemput kami merayakan Raya Haji ke rumah mereka di Hulu Bendul.
    Pagi saya, suami bersembahyang di masjid. Dan seterusnya kami ke Sungai Besi, melawat seorang daripada uncle dan auntienya. Setelah mak meninggal, agaknya tiada lawatan daripada saudara mara mak lagi. Maklumlah, arwah mak adalah kakak sulung, jadi kalau arwah ke sini, adik-adiknya akan menziarah arwah ke sini. Setelah mak 'tiada', agaknya tiada lagilah keluarga ke sini. Lagipun hukum adatnya, orang muda perlu menziarah yang lebih tua dan bukan sebaliknya.
   Di Sungai Besi kami bertemu ramai juga sepupu-sepupu suami. Suami saya mempunyai keluarga yang agak besar. Arwah emak mempunyai 9 orang adik beradik. Sepupu suami saja, lebih kurang 19 orang semuanya kalau dibandingkan dengan saya hanya 4 orang sepupu. Dan kemudiannya ke Hulu Bendul.
    Hulu Bendul, tempat yang menarik sekali. Terletak kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Lumpur. Perjalanan saya bukan sahaja dipenuhi bukan sahaja  dengan kehijauan tumbuhan, tetapi juga udara yang segar. Deruan hujan menyambut kedatangan kami di sana.
    Teratak sri Budi menyambut kami dengan senyuman, seindah bujan yang perlahan yang berjatuhan di buni. Bauhan segar rumput yang ditimpa hujan bagaikan percikan wangi alam yang enak! Anak sungai yang menjadi tempat kami menyeberang, memisahkan jalan besar dan rumah ala desa yang agak mewah. Sebuah pondok antik bagai menyambut mesra kedatangan kami. Well, saya tak mahu terangkan lebih-lebih.. sebab Teratak ini akan muncul dalam buku saya yang ketiga.
   Nasi putih dengan sup tulang, masak lemak telur itik, ayam masak merah, rendang hati & limpa, , nasi impit, kuah kacang, rendang daging  dan masak lodeh bagaikan menghambat perut yang kelaparan walaupun sudah menjamu selera di rumah Pak Tam dan Mak Tam. Raya Haji kami pasti tidak berseri jika tidak ke Hulu Bendul. terima kasih Amy dan keluarga.

Friday, November 12, 2010

Birthday saya..

   Tanggal 11 nov 2010, ulangtahun usia saya yang masih 17 (sudah lama angka ini tidak meningkat sebenarnya.. he he) Letih juga menjawab dengan ucapan terima kasih dan sebaris ayat pada setiap ucapan yang saya terima di Facebook.. Banyak juga hampir 300 ucapan.. berjam-jam juga di depan laptop membalasnya. Ha ha. Itu pn bernasib baik bukan semua friends yang berjumlah 1400+ menghantar mesej yang sama.. kalau tidak saya barangkali terkedu di depan laptop... ha ha ha.

   Well.. di sekolah pun, ramai juga yang mengucapkan  yang saya terima sebagai doa agar sihat tubuh badan dan berada dalam keadaan kesejahteraan yang berpanjangan.

  Budaya menyambut ulangtahun kelahiran dengan memotong kek bukanlah satu 'budaya' dalam keluarga saya. Kebiasaannnya semasa kecil dahulu, mama dan bapa saya akan membeli hadiah atau buku sebagai hadiah. Mama akan masakkan sesuatu yang istimewa atau 'makan di luar'sebagai menyambut majlis 'harijadi' secara kecil-kecilan. Pada masa sekarang pun, kek dijual di mana-mana, jadi tidaklah sampai perlu menunggu sehingga 'ulangtahun' untuk menikmati kek! Jadi, seandainya tiada kek di harijadi, hmm, normal kepada saya.
Hadiah! Tidak juga perlu menunggu sehingga harijadi kalau menerima hadiah. 

   Semasa ulangtahun ke 17 merupakan surprise yang cukup menarik daripada mama saya. Saya tinggal di asrama pada masa itu, dan tidak berkesempatan menyambut di rumah sendiri kerana akan menghadapi peperiksaan SPM. Mama saya datang ke asrama pada hari tersebut dengan sebiji kek coklat. Wow! Dan saya menerima 'kejutan' yang amat menyeronokkan sama sekali!

   Kejutan terbesar juga saya terima pada tahun 1996, apabila murid tingkatan enam atas saya membawa sebiji kek harijadi, kebetulan pada masa itu hampir cuti persekolahan. Mereka menghadiahkan saya sepasang baju berwarna pink, dengan bunga yang comel berwarna ungu. Walaupun baju tersebut sudah tidak muat dipakai lagi, saya masih menggantungkan di dalam almari di rumah mama saya di Langkawi. Baju tersebut mempunyai sentimental value yang tersendiri!

  Dua tahun lepas saya menyambut harijadi bersama librarian saya selepas masa bertugas. yang kelakarnya saya memasak untuk mereka. Nasi lemon dan ayam masak merah. Mereka 'sebat' sehingga licin semuanya! 

Tahun lepas kelas 5 batai, seminggu sekali akan menyanyikan lagu 'birthday' bag menggantikan ucapan 'sa;lam sejahtera'.. bagaimana ianya bermula, entahlah, saya kurang pasti! Agaknya bermula, di pertengahan tahun dan berlanjutan sehinggalah ke hari birthday saya. Pada mulanya saya marah juga (sebab tak mahu ada pelawat datang secara mengejut dan mendengar lagu ucapan hari jadi) tapi I just cannot stop them from singing... jadi biarkanlah saja. Pada 11.11 2009, koir 5 batai datang menyanyikan lagu bday di hadapan makmal (sebab kami berpindah sementara).. a very sentimental and sweet memories..

   Tahun ini! sambutan biasa. Pergi makan di tempat istimewa. Menunggu mama dan Mak Ngah datang untuk menyambut sama-sama. Kami bertiga, adalah 'scorpion'.. The three scorps!

Sunday, November 7, 2010

Semoga Memperoleh Haji Mabrur.


   Tiga orang daripada sahabat saya dan seorang guru saya (yang saya tahulah) berpeluang menjadi tetamu Allah tahun ini. Bahagia mengingati mereka yang sudah pun menjejakkan kaki ke Bumi Allah...

    Aznisyah sudah bertolak pada 9 Nov, penerbangan paling awal sekali. Seandainya anda sudah membaca Dimensi Cinta(DC) Aznisyah dalam DC adalah setiausaha saya. Sebenarnya di luar aznisyah merupakan nama kawan karib saya yang rupanya genius matematik dan matematik tambahan tetapi masih terre mengajar BM. Dia memang benar2 boleh menerangkan tentang hukum tatabahasa dengan baik. Saya hanya tahu salah (jika ada kesalahan tetapi pun kadang2 termiss juga) tanpa tahu menyatakan "hukumnya"...

    Puan Soo Sian Li dan keluarga (suami dan dua anak perempuannya) berpeluang ke Mekah walaupun baru mengenali Islam dalam beberapa tahun. Kali pertama saya berpindah ke sini, pada tahun 2002, dan mengajar di sebelah petang. Beberapa kali terasa pelik kerana kerap berjumpa Puan Su di dalam surau sekolah untuk mengerjakan sembahyang.. Kebetulan dia masih memakai nama chinese, jadi agak keliru sedikit. (masa itu pun dia belum bertudung) Rupanya dia dalah saudara baru. Alhamdulillah.

    Kak Maryam Badlishah sudah pun bersara pilihan tahun lepas. Gembira mendengar bahawa dia dan suaminya berpeluang menjejakkan kaki lagi bagi menunaikan haji. Puan Su dan Kak Maryam bertolak hanya selang beberapa jam sahaja.

   Guru saya, Puan Junizah Harris yang kalau tak salah saya bertolak pada 4 dis. Saya sebenarnya tidak pernah mengambil matapelajaran ERT di sekolah tetapi mengenali sangat Puan Junizah. Kebetulan pada tingkatan 1, saya pernah menjual acar buah Puan Jun dan kerap kali memakan sambal tumis telur Puan Jun. Telur tiga suku masak yg tidak dimakan oleh teman2 di asrama akan dikumpulkan, beri kepada Puan Jun, dan dia akan memasaknya. Best! Sentimental value!

  Saya di sini mendoakan agar mereka semua dalam keadaan sejahtera dan Allah memudahkan mereka mengerjalan Rukun Haji dan akan mendapat ganjaran Haji Mabrur. Insya_Allah.

Friday, November 5, 2010

Perkara-perkara yang tidak beretika dalam penulisan.

 10 Etika dalam penghasilan Manuskrip/Buku:

  Dalam penerbitan/ penulisan masih ada etikanya. Etika bermaksud peraturan (perkara yang boleh atau tidak dalam penulisan)

1. Etika melibatkan plagiat/ maksudnya meniru. Dalam penghasilan manuskrip (buku yg belum diterbitkan) penulis tidak boleh melakukan meniru atau menghasilkan plagiat. Contohnya mengambil cerita peribadi orang lain / sajak/kata-kata orang tersebut tanpa persetujuannya. Teman saya pernah menceritakan bagaimana seorang penulis menulis ceritanya dalam novel dan mengambil petikan puisinya tanpa meminta izinnya terlebih dahulu. Mengikut undang-undang penerbitan/pencetakan, sipenulis boleh disaman kerana apabila sesuatu itu ditulis di blog, dengan rasminya, ianya dikira sebagai diterbitkan. Jika berlaku plagiat, sipeniru dikira bersalah!

2. Watak : Bolehkah mengambil nama-nama orang/ individu yang dikenali. Pada saya, apa salahnya. Watak2 yang saya buat biasanya adalah watak2 baik (jangan yang jahat2 atau nakal2 giler sebab saya tidak suka wartak yang memeningkan kepala, apa moralnya yang kita akan paparkan dengan watak2 jahat ini!) Jad iapa salahnya menggunakan nama keluarga, kawan2, anak murid atau sesiapa sahaja. (murid-murid saya nampaknya berbaris minta nama mereka digunakan.. he he.. dan saya tidak bergurau: serius.)

3.Jalan cerita. Seandainya kita berminat dengan mana-mana cerita yang kita baca, dengar, kenalah minta izin tuannya dahulu. Cerita saya! 100% khayalan (ciptaan saya)  atau creation saya. Jadi, saya tak perlu risau siapa punya cerita atau minta izin siapa! Cerita saya tiada kaitan kepada individu yang masih hidup atau yang tiada lagi! 

4.Perwatakan: Sifat watak. Inilah bolehlah kita ambil daripada mana-mana teman, orang sekeliling kita... tapi janganlah ketak nama dia dan gambaran terperinci kecuali mendapat keizinan dia. Sandainya penulisan saya, saya match and mix. Mungkin kerjaya dia, tetapi saya Mix dan match perwatakan mengikut kemahuan saya la!

5. Saya minta nada menjadikan novel2 orang lain sebagai panduan : bukannya plagiat. Saya pernah diberitahu oleh penulis lain, ada penulis lain yang meniru karyanya hampir satu bab, ini juga adalah plagiat. Saya katakan "study" bukan "copy". Menjadi "copycat" adalah kesalahan!!Jadilah diri anda sendiri!

6. Tindakan anda menghentam penulis lain di blog atau memperlekehkan penulis lain adalah tindakan keji. jangan lakukan. Biarkan dia dengan caranya! Seandainya anda tidak suka dengan caranya, biarkanlah!!

7.Tarikh tidak perlu dalam buku, apa lagi melibatkan tahun kerana selepas beberapa tahun, semuanya akan kelihatan out dated! Jadi tiada tarikh dalam manuskrip anda.. setakat bulan atau tarikh (tanpa tahun) kelihata okay!

8. Meniru tulisan buku Barat dan menggunakan dalam buku/manuskrip anda juga adalah salah! Anda juga penulis yang senang2 menterjemahkan kerya prang lain dan dijadikan karya sendiri adalah salah! (kecuali anda mendapat kebenaran untuk berbuat demikian)

9.Menjaga sensitiviti kaum atau agama adalah satu keperluan. Kita tidak boleh memperolokkan kepercyaan agama lain atau adat bangsa lain semata-mata kita percaya akan agama murni. (bagi saya Islam) Saya percaya jika kita memperolokkan orang lain, satu hari orang lain akan mempersendakan agama kita kerana kita yang memulakan.(walaupun ada golongan yang mempersendakan agama Islam sekarang, kita tidak boleh memperlakukan sedemikian... biar pihak berkuasa atau Allah sahaja membalas perbuatan mereka.)

10. Sensitiviti perwatakan orang yang tidak suka. Contohlah saya tidak suka dengan XCVBNM (tiada kawan saya pun yang bernama seperti ini.) kerana perwatakkannya yang suka membaca diari orang, menyelongkar cerita orang, busybody, mengata orang.. janganlah masukkan namanya secara terangan ke dalam buku dan memasukkan perwatakannya sekali. Ini menjadikan kita juga adalah "mengata orang lain" dan berdosa! Berkias-kias dengan memasukkan nama lain sebagai panduan agar orang lain tidak melakukan perkara yang sama.

Wednesday, November 3, 2010

Menjadi penulis, mulakan dengan sesuatu yang kecil..

    Bolehkah setiap orang menjadi penulis? Mengapa tidak. Cuma ada dua jenis penulis.. Born as a writer? Trained to be writer! 

    Jenis pertama.. Born as a writer ..Ada orang mempunyai bakat sebagai penulis. Dari zaman awal persekolahan lagi, dia sudah mempunyai bakat dalam karang mengarang.. sentiasa mendapat markah yang baik dalam karangan dan subjek Bahasa Melayu. Sentiasa ada idea untuk menggarap sesuatu. Ada sesetengah penulis boleh menulis rencana dengan baik.. (saya tak berminat sangat sebab penggunaan bahasa mesti tepat, tidak boleh bermain dengan perasaan) Ada yang berbakat dengan penulisan puisi (saya pun tak minat juga) dan ada yang berbakat dalam penulisan novel.. Pendek kata boleh menulis by heart!!

    Jenis kedua: Trained to be writer.. Jenis sebegini boleh menulis, cuma perlu dibimbing dengan baik.. sebaiknya baca buku2 orang lain supaya anda boleh belajar sesuatu daripadanya! Buat catatan. Kalau mengarang, carilah mentor agar dapat melihat di mana kelemahan karangan anda! Hadiri kelas bimbingan dan Bengkel Penulisa, AVA : persatuan penulis banyak menganjurkan bengkel2 seumpama ini. Jadilah ahli AVA!

   Jika anda perlu pernah menulis satu cerpen pun, bagaimana anda merancang atau menimpikan menulis ebuah novel jika cerpen yang hanya 2000-3000 perkataan pun belum pernah anda tuliskan lagi. Tulislah cerpen dahulu, hantarkan kepada Blog yg menyediakan peluang begitu.. supaya anda boleh menilai respond pembaca terhadap penulisan anda! Cetak cerpen dan minta kawan2 baca dan komen cerpen anda!
Mulakan dengan sesuatu yang kecil... mengapa tidak!

10 Syarat menjadi penulis.
1. Memahami istilah penulisan seperti plot (ada lima semuanya), latar tempat, watak dan perwatakan, monolog, dialog, ayat penyata, cakap ajuk dan cakap pindah. Jika anda belum memahaminya, bergurulah terlebih dahulu.

2.Memahami semua jenis penggunaan tanda bacaan. (, .- " ", ' ', )... (hanya 3 dot untuk kata-kata yang terhenti)

3. Penggunaan bahasa asing perlu dicondongkan seperti perkataan Inggeris, back to normal, I love you..
    Bahasa slanga atau daerah: loqlak hang ni (bahasa dialek Kedah)

4.Bijak dengan menggunakan pancaindera.. boleh membayangkan dengan 5 pancaindera. Bagaimana mata yang memandang - jelaskan....

5.Bijak dengan penggunaan bahasa. Boleh memperkembangkan bahasa dalam penulisan.

6.Rajin membaca dan mendapatkan ilmu. Penulisan tidak boleh berbentuk sehala sehingga membosankan pembaca. Ada ilmu/ bahan dalam penulisan anda! contohnya seni bina, perubatan, lukisan dan sebagainya.

7. Memahami teknik penulisan.. bagaimana masukkan unsur suspen, imbas kembali, masa sekarang.. dialog yang hidup! Penulisan secara bentuk sehala (masa sekarang sahaja dan ke hadapan agak memboringkan pembacaan pembaca)

8. Ada unsur sense of humor! Kalau saya gurauan saya tidak menyentuh aspek "sex" sebab berada dalam lingkungan sekolah, saya tidak mahu menjadi pengaruh yang tidak baik untuk remaja (anak-anak murid saya terutamanya) 

9.Ada unsur agama dan moral. Dakwah bukan bererti kita perlu menjadi imam dan sebagainya. dengan mengajak orang lain berbuat kebaikan, kita sudah pun berdakwah secara tidak langsung.

10.Ending mestilah baik. Sama seperti menonton di panggung wayang atau tv, ending yang tergantung agak menggeramkan kecuali anda bercadang mahu menyambung cerita anda. Seandainya di India, ending yang menyedihkan akan emnjadikan orang boleh bertindak membakar panggung wayang. Sama sifatnya seperti pembaca buku bagi mendamaikan jiwa, melepaskan diri daripada tekanan.. sebaliknya jika ending yg tidak baik akan menjadkan jiwa lebih tertekan..

Tuesday, November 2, 2010

Menjadi penulis, mengapa tidak?

     Saya bukanlah contoh terbaik untuk merujuk berkaitan tajuk ini tentunya! Dengan perasaan rendah diri saya terpaksa mengakui hakikat ini. Jauh sekali menjadi terkenal.. Tapi berpegang kepada "Tak kenal maka tak cinta"... Cinta anda belum membaca buku saya, mengapa tidak mencuba membeli ( dan tentunya membaca) Saya percaya, paling tidak anda akan jatuh cinta juga.. (kalau tak cinta pandang pertama, anda pasti perlu menoleh banyak kali... he he.. Tapi kalau sudah minum green tea saya bersama gula organik, atau nasi lemon saya, saya pasti, anda akan terjatuh cinta juga.. cewah: he he he)

     Pun begitu, sekadar menjawab dengan memberi tips bagaimana menjadi penulis, sebab ada adik-adik di luar sana yang bertanya..saya akan cuba memasukkan tips sedikit demi sedikit.. bak kata pepatah lama, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit.." dan saya percaya bukan bukit je, gunung pun boleh dicapai kalau memulakan sedikit demi sedikit.

Perkakas yang diperlukan. 10 bahan wajib.

   1. Komputer /laptop. Sebab sekarang ni orang sudah tidak akan menerima draff bertulis tangan. Dipihak penerbit sekalipun tiada siapa yg mahu menerima manuskrip (maknannya yang belum diterbitkan atau dicetak) yang bertulis tangan. Jika tiada kemahiran menaip, pergilah berkursus sebab jika anda berkapisiti menaik hanya dengan hadlaju 12 km/jam berbanding orang lain yang menaip 120km/jam, anda berisiko hanya berjaya menyiapkan manuskrip anda dalam tempoh tiga tahun. Hah! terperanjat.. ini tidak mustahil jika anda menaip dengan kadar yang terlalu perlahan.

2. Kamus B.Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.Kamus elektronik (optional sebab mudah untuk melihat peribahasa dan sebagainya)

4. Beberapa buah novel penulis lain sebagai bahan bacaan : kaji bagaimana mereka menulis. (dan buku saya sebagai wajib.. he he he)

5.Fail tegak yang mempunyai dua lubang dan diasingkan mengikut bab. (Jika ada 50 bab- asingkan bahagiannya )Bahan yg anda perlukan akan dimasukkan secara berasingan mengikut bab. Bab saya lebih kecil sebab hanya 9-10 bab (dalam bab saya ada pecahan sub bab jadi lebih mudah asingkan bahan)

6.Buku catatan. alatan tulis, punch hole, pensil,pembaris.(diletakkan berdekatan- tidak perlu buang masa berjalan di sana-sini)

7.Akses internet (wajib)

8.Meja dan kerusi untuk menaip yang selesa. Anda tidak boleh berkarya jika menaip dalam kedudukan berbaring, tidur, duduk di lantai dan sebagainya.

9.Rujukan lain, buku-buku motivasi, pamplet tempat-tempat.

10.Biskut, gula-gula, air minuman.. u need this.


Insya-allah hari lain, saya akan menyambung lagi...

Sunday, October 31, 2010

Semangat sebagai penulis!

    Minggu lepas ada murid saya yang kelihatan sedih apabila kawan2 kelasnya mengejeknya gemuk. Saya katakan, kawan-kawannya sekadar 'suka-suka' memperolokkan dia saja. Kadangkala gurauan budak2 ni keterlaluan sikit. Saya katakan, janganlah biarkan kata-kata orang merendahkan semangat kita. Saya bagi contoh, saya sebagai penulis buku, ada orang barangkali akan mengulas buku kita di mana-,mana. Ada yang suka, akan kata bagus. (yang sukakan banyak jenis info, pening2kan kepala sikit, suka banyak watak yg mencabar minda : akan suka cara saya menulis.)Barangkali yang yang suka watak secara 'direct' saja: kisah 'present' sahaja tanpa ada teknik 'flash back', memori berbalik sana-sini, barangkali tidak suka sebab dia malas untuk berfikir ... dan banyak secara direct saja. pusing2 sikit pun malas nak fikir..jadi pembaca macam ni tak akan suka buku saya. Dia akn cari penulis yang berfikir macam dia juga, baru dia kan kata: bestnya...

    Saya katakan pada murid saya, ulasan rencana org itu yg mungkin 3-4 atau 7-8 perenggan tidak akan meluluhkan emosi saya. Saya sudah menulis beratus muka surat dan dia hanya 2-3 muka surat... jadi ulasan yg mungkin tidak saya sukai tidak akan menjadi 'beban perasaan'..  kita janganlah mengukur diri dengan kemampuan orang lain. Buat yang terbaik dan biarkanlah segalanya berada dalam TakdirNYA.

   Menanti november... 19 hari lagi menuju cuti.. tak sabar untuk bercuti. sudah sesak dengan pelbagai perkara... sebelum cuti, teruk juga kena lanyak untuk menyiapkan kerja.... kerja kerja kerja...
Berjanji akan cuba bantu junior menulis. Dia sudah menulis, saya akan cuba baca dan beri pertambahan idea. mengapa tidak? Membantu orang lain! Menjadi motivator orang lain tentu seronok rasanya. Kalau sedikit kejayaan saya menulis buku menjadi satu cabaran kepada orang lain untuk menulis juga! Mengapa tidak!

Wednesday, October 27, 2010

Minggu peperiksaan semalaysia

  Rata-rata sekolah-sekolah di Malaysia sedang berhadapan dengan peperiksaan. Jika cikgu Form 1 & 2, kecuali beberapa jenis subjek yg ada kertas subjektif, kuranglah kerja.. sebab kertas objektif.  Tapi kalau mengajar tingkatan menengah atas, form 4-6, memang tak relaxlah, naik berbuntal mata menanda. Tengok kertas pun rasa nak muntah juga.... Ada seminggu  dua sahaja untuk menghabiskan marking.. minggu ini manuskrip pun kena get off juga... beri laluan kepada marking. Cuba mahu habiskan sehingga hari ahad ni, itupun kena muntah hijau juga dulu.. he he   hampir 150 skrip...  hmm..

   Saya seperti biasa, kalau murid saya tanya, saya kata, "siapa tanya lagi, cikgu potong markah... he he tapi macam biasa, mereka akan terus bertanya sebab  tahu, tak ada markah pun yg akan kena potong.. he he" kalau kelas yg okay, tak kisah, marking banyak pun tak mengapa, jawapan, smooth je..yang seksa kalau kelas yang entah: adooii, entah apalah yang ditulisnya, paling bengang, kalau hantar kertas yang "o".. thah lah apa yang dibuat selama ini!

   Paling seronok, lebih ramai murid yg booking nama untuk dimasukkan ke dalam buku. Well! Saya tak dapat berjanji, try kalau kena 'gaya' namanya.. kadang2 tu, kena cantum nama 2-3 sekali.. he he he. Macam ni kena tulis 6 buah setahun (which is sangat musthil..he he) supaya boleh masukkan banyak nama-nama. Mostly nama chinese, macam mana. Biasanya watak2 saya, ada semua race. Malays, chinese, Indian etc.. supaya like a real lifes, mesti ada semua kaumkan... laipun dalam keadaan masyarakat majmuk, saya sangat mementingkan konsep perpaduan..kalau asyik mempunyai agenda tersembunyi saja, susahlah mahu hidup bersama...

   menghitung hari... november.. bestnya..planning for birthday bersama.. myself, my mum and untie bersama.. 3 scorpions.. he he.. NATRAH for sure...first time bawa my mum and auntie ke Istana Budaya (maklumlah sebab mereka tinggal di kedah...)  Pada waktu peristiwa ini berlaku, mereka di Singapura kerana pasa masa itu datuk saya adalah anggota Rejimen Askar Melayu, base di Singapura. Mengembalikan nostalgia mereka merupakan sesuatu yang 'manis' saya kira. For me, making other people happy, is sweet.. for all the good years they're giving me..   saya masa kecil agak sukar dijaga, kata mama saya, taik penyakit.. he he.. asyik demam etc.. nasib baik tak terenjat fizikal dan akal. alhamdulillah.. tapi kalau mengenal nama orang, memang saya agak terenjat juga.. he he (maafkan saya, nama sendrii pun ada masanya lupa juga.. ha ha ha)

Sunday, October 24, 2010

PWTC, hmmmm

   PWTC 2010. Sama seperti tahun-tahun yg.lepas, saya berkunjung lagi ke PWTC setiap kali terdapatnya perhimpunan rasmi UMNO. Bukannya apa, sekadar menjamu mata. Saya tidak berminat mendengar ucapan orang. Ucapan pada saya, adalah satu kebiasaan! Hari-hari mendengar orang bercakap, apatah lagi kadang-kala perkara-perkara yang sama yang akan dibincangkan. Sebagai seorang guru sejarah juga (bukan berniat sombong, kata orang Kedah, eksyyeen...) saya memahami sejarah perkembangan UMNO dan tokoh-tokoh yg terlibat secara langsung mahupun berjuta datuk nenek kita yang berada di belakang dan menyokongnya. UMNO telah berada lama dan berakar umbi dalam keluarga saya! Walaupun saya bukan ahli UMNO berdaftar, saya tentunya menyokong parti yang berjasa ini! Apakah Malaysia tanpa UMNO! 

    SEkiranya berjaya dibuktikan terdapat ahli UMNO yang telah menimbulkan angkara dan kemungkaran, bukannya salah parti UMNO, itu adalah kesalahan individu sebagai manusia. Yang salah itu salahlah, cuma kita tidak dapat menolak peranan UMNO terhadap Malaysia. Memahami KONTRAK SOSIAL yg terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, dan keprrluan menghormati antara kaum adalah intipati Perpaduan!
   Bapa saya tidak berucap pada tahun ini. Boleh mengikuti selokanya dalam tajuk, My Seloka Dad.

    Mengejutkan apabila saya tiba di PWTC, yang hanya ada jualan kain-kain baju. Ke hadapan, belakang, kiri dan kanan hanya ada baju dan kain! Bosannya! Dan saya pulang tanpa berbelanja i sen pun.. (kira rekodlah) Biasanya  beli juga brooch daripada mutiara dan sebagainya!Agakna orang Sabah tidak datang pada tahun ini! Ada terjumpa ikan terubuk masin tetapin saya allergik dengan terubuk masin ni... nanti gatal muka, hidung, kepala malah sampai dalam mata pun! Bagaimana nak menggaru!

   Yang lebih penting, saya bertemu mak ngah saya, pergi makan nasi lemak... nasi lemak dan telur goreng = RM 4.. saya punya tambah paru sambal RM 6. Nasib baik nasinya dan lauk sedap, kiranya okaylah tu. Memahami sewanya yang agak mahal, mereka terpaksa menaikkan harga makanan.

   Cuma agak tidak memahmi, kenapa semua orang sibuk beli kain baju? Aduss!

Friday, October 22, 2010

Lara di hati saya

  Lara! Pilu! Syahdu! Semasa menulis Dimensi Cinta (DC) tiada kisah lara yang saya tuliskan. kalu ada pun, kata orang, tak payahlah menangis. Sikit je, cuit sikit je.. Bak kata orang tua lagi, hanya bagaikan orang putus cinta monyet. Menangis seminit dua je. Jadi ringkasnya, tiadalah cerita lara di dalam DC.

    Buku kedua saya, banyak bab lara, pendek kata, tergoleklah baca. Kalau yang kaki nangis, sediakan sekotak dua tisu. Ayau sediakan  kain tuala ukuran besar punya. Petikannya akan saya letakkan di blog, Cinta Sikunang-kunang (CSKK) selapas buku saya diterbitkan. Bukannya apa,  mengikut Akta penerbitan, jika dipaparkan di web sebelum buku diterbitakn, dan berlaku plagiat (ada orang lagi yang menggunakan petikan dan bukunya diterbitkan dahulu, sukar dibuktikan di mahkamah sekali pun yang dia meniru petikan kita.. jadinya seolah kita pula yang meniru manuskrip/buku dia. Kan susah nanti.) Seandainya buku sudah keluar, sudah sah-sah petikan tu kalau ditiru, adalah plagiat. 

   Dalam meniti zaman di mana, percaturan baik dan buruk sudah hilang, kenalah sekadar berjaga-jaga kan!
Dalam menyiapkan manukrip ketiga pun, tajuknya ..hm.. rahsia dulu, ..  P & B, ada juga bab Lara. Bab beginilah yg paling tension. Bab lara begini membuatkan hati saya pun menjadi lara juga, pasti menangis sama. Menurut seorang rakan saya, Izan : seperti pengarang buku 'Romancing The Stone' yang menanggis ketika menghabiskan bukunya.. Dalam CSKK pun, agaknya berkolah masjid saya menangis. Banyak orang Giler!! he he..

   Dalam minggu ni juga bercadang menghabiskan bab lara, kalau bernasib baik, esok boleh habiskan..kalau tidak kepenatan dan ketiduran... kadangkala bila menulis ni, tidak mahu berhenti begitu saja... tak syok untuk menyambung balik ayat dan storyline.. banyak kita bercakap juga, tak kan mahu tinggalkan 'tergantung begitu saja'...   Lara : cepatlah berlalu!

Friday, October 15, 2010

k-novel (knowledge novel)

                        Bagi cikgu sejarah seperti saya,guru pengajian am, guru moral, sivik atau mana-mana individu yang memahami Konsep Wawasan 2020, atau Dasar negara yang cuba melahirkan Masyarakat yang berilmu, pasti sudah biasa dengan makna huruf 'k' di pangkal perkataan seperti k-ekonomi dan k-masyarakat. K di sini merujuk kepada knowledge ekonomi, atau knowledge masyarakat yang merujuk kepada melahorkan masyarakat yang berilmu atau ekonomi yang dicetuskan daripada landasan ilmu.

                   Persoalannya bagaimana kita boleh mencapai masyarakat yang berilmu jika kita malas membaca? Mengikut Islam, ayat pertama yang diturunkan kepada Rasul pilihan, Rasulullah s.a.w adalah berbunyi," Bacalah..." yang meminta agar umatNya membaca bagi mendapatkan ilmu. Malangnya, umat Islamlah yang ternyata kurang mencari ilmu.Yang cube diketengahkan adalah menghentam antara satu sama lain yang berbeza aliran politik, wahhal dalam Islam, Al-quran mahupun Hadis tidak pernah menyebut yang Umat Islam wajib berpolitik! Dan yang palng saya menyampah, ada orang dalam parti yang berani mendakwa, jika anda adalah parti ini, syurga sudah teryamin untuk anda! Pelikkan? Bagaimana mereka seberani begitu dalam menentukan hal-hal yang sepatutnya  berada dalam tangan Allah? Kepada orang yang jahil seperti saya, saya mengetahui sangat-sangat bahawa pernah disebut oleh Rasulullah, terdapat sepuluh orang yang memang dijamin syurga oleh Allah. Maknanya, memang sah mereka akan menuju ke syurga bersesuaian dengan amalan dan taraf keimanan mereka terhadap Islam. Yang lain-lain, kita belum ada 'tiket' dan 'pass' pun.. semuanya bergantung kepada doa kita kepada Allah. Semoga Allah sentiasa mengampunkan kesalahan kita!

     Saya suka membaca apa sahaja cabang ilmu. Kadang-kadang baca buku perubatan walaupun tersanggaplah.. ha ha.. mengantuk sebab ini bukannya bidang kita. Saya percaya cabang ilmu adalah luas dan tidak semestinya belajar sehingga Phd bagi membuktikan kita boleh mendapat ilmu. Sebaliknya Phd pun hanya merujuk kepakaran tertentu bagi satu atau dua bidang sahaja dan bukannya b'bijaksana' dalam semua perkara atau ilmu. Buku novel pula, saya suka sekali membaca yang menunjukkan kepakaran dalam sesuatu bidang, dan bukannya sekadar cerita cinta khayalan yang kosong.
     Dalam menghasilkan novel, saya suka menekankan konsep k-novel. Saya berazam menjadikan novel saya bukan sahaja sebagai bacaan ringan diwaktu senggang, tetapi mahu menjadikan konsep novel sebagai konsep 2 dalam satu. Pertama, sebagai novel, bacaan yang merehatkan otak sebab dalam novel biasanya penulis akan fokus kepada perkara-perkara positif (kalau sayalah) supaya otak atau minda kita akan fokus kepada perkara-perkara yang juga positif. Kedua, bacaan ini juga akan memberi kita ilmu, bukan sekadar ilmu cinta tetapi juga ilmu lain yang boleh diselitkan di dalamnya.
    Dalam Dimensi Cinta (disebut DC) saya fokuskan kepada beberapa ilmu baru yang mungkin kita tidak ketahui jika kita bukan seorang arkitek, pakar komputer dan seorang guru. Juga saya fokuskan dengan detail tentang tempat-tempat seperti London, Adelaide, Tasik Kenyir dan Langkawi juga. (Boleh ke blog DC untuk huraian dan bacaan lanjut) Dalam buku kedua saya memfokus kepada pilot juru terbang) saudara kembar, bidang pertanian, Toulouse, New York, Memanjat Gunung Kinabalu. (sila ke blog Cinta sikunang-kunang untuk bacaan lanjut)
    Saya harapkan anda enjoy membaca DC dan akan datang (dis 2010, Cinta sikunang-kunnag) sepertimana saya enjoy menulisnya...

Sunday, October 10, 2010

Inspirasi saya.

Dunia Buku: Terbanglah Sayang
Oleh Mohd Tan’im Tajuddin
bhsastera@nstp.com.my
2010/04/30

Apakah persahabatan kekal abadi dapat dipertahankan

TERBANGLAH Sayang karya Aina Emir tetap akan menjadi pilihan pembaca dan tentunya memukau peminat pengarang yang terkenal dengan sentuhan kasih sayang dalam karyanya meskipun novelnya kali ini menampilkan watak yang terlalu ramai.

Tiga sepupu berwajah seiras, Lutfiya, Zahra dan Syafinaz, berkawan baik dari kecil sehingga dewasa lalu sering dilihat sebagai kembar, tetapi sungguhpun demikian, tanpa disedari mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut trofi sehingga ada perasaan cemburu terbit di sanubari masing-masing untuk tampil sebagai pemenang.
 Inaz atau Syafinaz, seorang yang rancak dan kecoh, sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan, sedang mencari seseorang yang baik budi untuk menambat hatinya, nyata lebih senang dengan lelaki bertubuh 'tegap', asalkan tidak mengingatkan dirinya kepada ayahnya.
Lutfiya atau nama timangannya Fiya pula seorang yang pintar, suka kepada alam semula jadi dan aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah mempunyai teman dan kini berada hadapan dan perbezaan perwatakan menyebabkan kedua-duanya sering bercakaran, manakala Munawarah dan Melissa, dua teman baik yang cuba menjadi penasihat.

Pada suatu ketika, Fiya mengajak Inaz ke rumah Muna, sahabat baik mereka kerana mahu melakukan aktiviti lasak iaitu mendaki Gunung Ledang yang kebetulan terletak berdekatan dengan rumah kawannya itu selain menjemput rakan sekerja mereka, Melissa.

Takdir membawa kepada pertemuan mereka dengan seorang pegawai tentera berpangkat mejar, Arash yang terbaring kerana pengsan sambil dikelilingi tiga jejaka, Hakim, Ikram dan Munir, yang menjerit memohon bantuan bagi menyelamatkan rakannya itu.

Meskipun Fiya, Inaz, Melissan dan Muna berasa takut ketika mendengar jeritan kerana ketika itu waktu sudah pun gelap, tetapi perasaan ingin tahu mengatasi segala dan menguatkan mereka untuk terus mendaki bagi mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku.
Hakim paling tertekan dengan peristiwa terbabit kerana bertanggungjawab memujuk Arash untuk mendaki Gunung Ledang apabila melihat temannya itu berada dalam keadaan tertekan sebaik mengetahui bahawa dirinya adalah anak angkat mamanya.
Ketiga-tiga jejaka menyangka Fiya dan kawannya Melissa sebagai doktor, tetapi sangkaan mereka ternyata silap kerana mereka sebenarnya doktor haiwan, lalu dinasihatkan agar membawa lelaki yang pengsan itu turun ke kaki gunung bagi mendapatkan bantuan.

Arash yang kebetulan demam ketika mendaki Gunung Ledang sehingga menyebabkan dirinya pengsan dibawa Ikram ke rumah mak ciknya yang kebetulan adalah rumah Muna dan membongkar identiti Ikram yang sebenarnya adalah sepupunya, lalu mereka berbual panjang.

Inaz terlalu gembira apabila mendapati Arash turut berada di situ, tetapi berasa cemburu apabila melihat sepupunya Fiya sedang berbual-bual dengan jejaka yang mula mendapat tempat di hatinya, tanpa mengetahui kedudukan sebenarnya duduk perkara hubungan teruna dan dara terbabit.

Ketika Arash mahu meninggalkan rumah Muna sambil meminta Hakim menemani bagi meneruskan misi menjejaki ibu kandungnya, Inaz mencuri peluang bertukar nombor telefon dan hatinya mula berbunga apabila mesej kirimannya mula mendapat balasan.

Inaz mula menyangka Arash jatuh hati kepadanya dan mula meluahkan perasaannya itu kepada Fiya tanpa menyebut nama pemuda dambaannya, manakala Fiya setia mendengar dengan penuh perasaan serta bersyukur kerana gadis itu akhirnya sudah menemui kekasih hati.

Fiya yang mengatur cuti pulang ke kampung dengan misi mempertemukan Inaz dengan ibunya yang sedang seksa menanggung rindu kepada anaknya itu, kecewa apabila pelawaannya ditolak lalu mengajak Melissa menemaninya dan kepulangannya kali ini turut membongkar suatu misteri.

Ketika menemani adiknya yang baru pulang dari asrama ke Kuala Dungun bagi membeli keperluan sekolah, Fiya terserempak dengan Arash dan Hakim, lalu teka-teki dan pelbagai persoalan yang berlegar ketika pertemuan di Gunung Ledang semakin bertambah kompleks.

Apakah Melissa dan Muna benar-benar menjadi penasihat dan orang tengah yang mendamaikan Fiya dan Inaz atau sebaliknya dapat diketahui dengan membaca sendiri suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, disusun indah Aina Emir dalam novel Terbanglah Sayang.

Novel ini bakal menghiburkan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, selain mendekatkan pembaca kepada wira negara yang mungkin sebelum ini tidak dapat dikenali secara dekat dan serentak itu mendalami emosi
seorang anak angkat yang cuba mencari identiti dirinya.

INFO: Terbanglah Sayang
  • Pengarang: Aina Emir
  • Penerbit: Karnadya Solutions Sdn. Bhd.
  • Tebal: 568 halaman
  • Bintang: ****


Sentuhan kasih Aina Emir

AINA Emir, nama pena bagi Latifah Emir Ahmad, bekas Pegawai Latihan (Bahagian Sumber Manusia), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak, pada 1957 dan bersara pilihan bagi menyertai dunia perniagaan.
Penulis prolifik ini beralih ke dunia penulisan kreatif yang pernah diuliti, selepas tidak menikmati kepuasan dalam bidang perniagaan, tanpa menyangka langkah itu membawa tuah berterusan kepadanya dengan mengecapi kejayaan tidak berkesudahan.

Bidang penulisan akhirnya mengembalikannya semula ke dunia perniagaan apabila beliau akhirnya menubuhkan KaryaDya Solutions Sdn Bhd bagi menerbitkan karya garapannya dan turut dibuka kepada penulis baru mahupun sudah bernama.

Daripada syarikat penerbitan karya kreatif dewasa, ia berkembang kepada bahan bacaan awal remaja dan kanak-kanak serta buku masakan di samping menerbitkan filem dokumentari, sebelum dikembangkan kepada bidang pengedaran dalam usaha memastikan kehadirannya terus kukuh.

Aina Emir yang turut menggunakan nama pena Jenna Jehan untuk novel dalam siri misteri, pernah mencatat sejarah apabila novel pertamanya, Sesuci Cinta (2003) mencatat jualan melebihi 50,000 naskhah dalam tempoh kurang setahun berada di pasaran.

Karya keduanya, Seharum Kasih dan disusuli Setulus Janji, Aura Cinta, Semalam Kubermimpi, Kau Laksana Bulan, Bunga-Bunga Kemboja, Hanya Kita Berdua, Matahariku dan Rahsia Bukit Residen (buku bacaan awal remaja dengan nama samaran Lea Mansur) dan turut menceburi genre chick lit dengan novel wanita bujang, Namaku N.

Inspirasi saya.

 Walaupun saya sebenarnya bukanlah penggemar novel. Saya hanya menjadi peminat novel sekitar usia awal dua puluhan, barangkali banyak masa lapang dan banyak cuba mendapat 'feel' bercinta. Selepas berkahwin, lagilah tiada masa. Dan sekarang, banyak tumpuan dan masa saya dihabiuskan dengan kerjaya, rumahtangga dan research untuk penulisan. Namun nama Puan Norhayati Berahim adalah nama yang saya kenali. Pernah membaca buku novelnya, dan tidak menyangka begitu banyak sekali novel yang pernah ditulisnya. Saya sekadar pernah membaca beberapa buah sahaja. 

   Petikan Metro

   “Bukan gelaran atau anugerah dimenangi yang dinilai sebagai bukti kejayaan seseorang penulis itu. Kadangkala buku laris yang ada di pasaran amat menyedihkan, penuh dengan tulisan ‘sampah’, tatabahasa yang tunggang-langgang atau cerita khayalan kahwin paksa.

“Bagaimana mahu mendidik pembaca kalau kita sebagai penulis mengajar pembaca dengan cerita khayal yang begitu memualkan. Senario ini sering membuat saya terfikir, ke mana arah penulisan kita satu hari nanti?

“Penulis pula berbangga kerana buku mereka laris sedangkan tanpa sedar, mereka memberi kerosakan pada arah tuju penulisan tanah air,” katanya. (Puan Norhayati )


    Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Puan Norhayati.  Sebagai penulis, bukanlah anugerah atau gelaran yang meletakkan penulis sebagai idola dalam mendidik masyarakat. Kita tidak boleh meletakkan kisah khayalan yang memualkan semata-mata. Novel biarlah memberi pendidikan kepada pembaca. Konsep K-novel (knowledge novel) ingin saya terapkan dalam setiap novel saya, Insya_Allah.



   “Saya amat pantang pada orang yang tidak suka membaca. Membacalah walau bungkusan nasi lemak yang sedang kita makan, mungkin dari situ dapat kita kutip sesuatu,” katanya. (Puan Norhayati)


   Saya menyokong penuh apa yang dikatakan Puan Norhayati. Tanpa pembaca, ceteklah ilmu. Saya dapat merasakan sejak menjadi penulis, saya lebih kerap membaca, kerana saya memerlukan informasi dalam menghasilkan penulisan saya. Saya tidak mahu sekadar menghidangkan cerita tanpa maklumat dan informasi. Pada saya, menghasilkan uku tanpa info seumpama hanya memakan nasi tanpa hidangan lauk.





Petikan Harian Metro 4.10.2010

Peminat bagaikan sahabat

Teks dan gambar Kusyi Hirdan
kusyihirdan@gmail.com
NORHAYATI Berahim, novelis yang sudah menghasilkan 54 novel sejak 1992 tidak pernah memperlahankan langkah dalam dunia penulisan kerana minatnya yang amat mendalam di bidang itu.

Ada yang menyangka dia sudah semakin sepi, ternyata tanggapan itu salah sama sekali. Dunia penulisan dan ibu kepada seorang anak ini ibarat irama dan lagu, yang tidak dapat dipisahkan selagi hayat dikandung badan.

“Betul, penulisan seperti sudah menjadi darah daging saya. Umpama makanan yang harus dikunyah dan ditelan setiap hari.

“Ia menjadi sumber kekuatan saya untuk bergerak dan terus hidup. Saya harus menulis kerana jika berhenti, seolah-olah jiwa ini sudah mati.”

Begitu kata penulis kelahiran Melaka ini apabila ada yang mengatakan dia sudah memperlahankan rentak, tidak selaju pada awal kemunculannya dulu. Sehingga kini, buku pertama yang diterbitkan syarikat NB Kara masih diulang cetak dan sudah dicetak sebanyak 15 kali manakala purata bukunya diulang cetak melebihi 10 kali.

Begitu banyak novel yang ditulis, mana satu paling disayangi? 

Bagi Norhayati, semua istimewa di hati dan setiap satu memberi kesan yang tersendiri dalam hatinya.

“Cuma novel Cinta Dan Cita ditulis melalui pengalaman sendiri jadi ia berbekas di hati sehingga kini. Ingat lagi ketika ia diterbitkan pada 1992 dahulu, rasa seronok sangat dan ketika itu langsung tidak memikirkan ganjaran.

“Walaupun waktu itu manuskrip dibeli dengan harga RM1,000 oleh penerbit, bagi saya ia sudah cukup besar,” katanya.

Seperti kebanyakan insan seni lain, kematangan diri akan mempengaruhi hasil kerja mereka. Norhayati juga melalui fasa hidupnya sendiri.

“Bukan hanya saya sahaja yang matang tetapi juga pembaca saya. Kalau dahulu menulis hanya mengikut gerak hati, sekarang harus difikir dari pelbagai sudut. Apa kesan pada pembaca? Apa ilmu yang harus disampaikan? Ini kerana kita harus bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.

“Satu perkataan kadangkala boleh membawa satu kerosakan yang cukup besar dan kadangkala satu perkataan juga boleh membawa kebaikan. Syukur dan rasa terharu, pembaca dan sahabat suka dengan setiap perubahan dan cerita yang dibawa,” katanya.

Pengikut novel Norhayati ramai yang teruja dengan novel terkini, Layang-Layang Bertali Kaca kerana ketebalannya, 925 muka surat.

“Ini bukan pembaharuan tetapi saya memang sudah biasa menulis banyak karakter dan dari situ, plot yang mahu dikembangkan juga banyak dan menarik,” balas Norhayati yang gembira dengan sambutan peminatnya.

Penulis ini sebenarnya mempunyai ribuan peminat setia sejak 18 tahun lalu dan mereka datang daripada pelbagai peringkat usia, bangsa dan gender. Bukan hanya wanita, lelaki juga menjadi pengumpul setia setiap novelnya.

Bagaimana hubungan yang terjalin antara novelis dan peminat yang sekarang kebanyakannya berkumpul di laman sosial facebook untuk mengetahui perkembangan terkininya?

“Saya tidak pernah menganggap mereka peminat, sebaliknya sahabat. Merekalah yang saya selalu cari untuk diajak berbincang isu semasa. Persahabatan kami berlangsung penuh keikhlasan.

“Daripada mereka kadangkala saya mendapat idea. Saya tidak begitu suka menganggap pembaca novel saya sebagai peminat kerana keadaan itu membuatkan perasaan kita ada batasnya. Tetapi kalau sahabat, perasaan itu lebih meluas. Ikhlas dan jujur makin mengeratkan hubungan,” katanya.

Pada ulang tahun hari lahirnya, begitu banyak kek yang dihantar peminat, begitu juga ketika hari raya. Malah, ada yang sejauh Sarawak mengirim kuih raya dan kek lapis tanda ingatan. Semuanya membuatkan hati Norhayati tersentuh dan terharu.

Sejak dari awal pembabitannya, sahabat dan peminat novelnya adalah penyuntik semangat paling utama.

“Mereka banyak memberi saya kekuatan. Apabila mendengar novel baru saya akan diterbitkan, ada yang datang ke pejabat mahu membeli sedangkan novel masih lagi di dalam pencetakan. Walaupun ada yang saya tidak kenal rapat, saya amat menghargai mereka,” katanya.

Bagi Norhayati, kejayaan seseorang penulis dinilai dengan sudut yang meluas sekali.

“Bukan gelaran atau anugerah dimenangi yang dinilai sebagai bukti kejayaan seseorang penulis itu. Kadangkala buku laris yang ada di pasaran amat menyedihkan, penuh dengan tulisan ‘sampah’, tatabahasa yang tunggang-langgang atau cerita khayalan kahwin paksa.

“Bagaimana mahu mendidik pembaca kalau kita sebagai penulis mengajar pembaca dengan cerita khayal yang begitu memualkan. Senario ini sering membuat saya terfikir, ke mana arah penulisan kita satu hari nanti?

“Penulis pula berbangga kerana buku mereka laris sedangkan tanpa sedar, mereka memberi kerosakan pada arah tuju penulisan tanah air,” katanya.

Ditanya mengenai penulisan sebagai periuk nasi utama, bagi Norhayati, hendak seribu daya. Tuah tidak bergolek, sebaliknya mesti disertakan usaha yang keras dan sentiasa bersyukur pada nikmat yang Allah kurniakan. Tidak dinafikan, dia berjaya mengumpul harta dan hidup selesa dengan hasil menulis buku.

“Insya-Allah, penulis boleh hidup senang dengan menjadikannya kerjaya dengan syarat dia perlu berdedikasi dan mempunyai niat yang tulus ikhlas untuk menulis.

“Setiap kali menulis, saya akan fikirkan mesej yang harus disampaikan kepada pembaca. Niat kita harus fokus. Bukan kerana glamor atau imbuhan tetapi kerana minat dan menyampaikan mesej.

“Jangan lupa berdoa kepada Allah supaya idea kita tidak putus. Berusaha keras, jangan mengalah dan material akan datang kemudian, Insya-Allah,” katanya.

Sebagai veteran dalam bidang ini, Norhayati berharap, penulis baru jangan malas atau mencari jalan mudah tatkala menghasilkan karya.

“Ada yang memberitahu mahu menjadi penulis novel seperti saya tetapi apabila ditanya, dia tidak pernah membaca novel saya pun. Dia mahu menjadi penulis seperti saya kerana sering melihat novel saya di rak buku di kedai.

“Saya amat pantang pada orang yang tidak suka membaca. Membacalah walau bungkusan nasi lemak yang sedang kita makan, mungkin dari situ dapat kita kutip sesuatu,” katanya.

Namun, Norhayati tidaklah mengatakan penulis novel perlu berpendidikan tinggi walaupun ia adalah bonus yang membantu.

“Bagi saya, pendidikan di atas kertas tidak perlu. Ilmu di mana-mana boleh didapati, begitu juga pengetahuan. Membaca dan mengembara adalah dua keperluan yang cukup tinggi dalam penulisan.

“Bahkan seorang penulis perlu mengkaji teknologi dan harus tahu perkembangannya setiap masa kerana teknologi bergerak pantas. Mungkin 10 tahun lalu, teknologi itu wujud tetapi sekarang sudah lupus, jadi teknologi terkini perlulah dipelajari,” katanya.

Menurut Norhayati lagi, ramai juga yang tergopoh-gapah untuk naik menjadi penulis dan tidak bersedia. Apabila tidak bersedia dari segi mental, maka mudah berputus asa.

Ada juga yang menyangka populariti boleh menjadikan buku tulisan mereka laku sedangkan ada penulis yang tidak begitu dikenali rupa parasnya tetapi begitu dikenali hasil tulisannya. Malah, mereka turut dijadikan contoh oleh penulis lama dan baru.

“Saya lihat, ada juga yang terlalu mengejar glamor. Mereka sangka menjadi penulis itu glamor. Tidak sesekali, kalau itu tanggapannya, percayalah, lambat atau cepat, anda akan gagal,” katanya.

Nyata, Norhayati tegas dalam menggariskan ciri-ciri menjadi seorang penulis. Sekiranya anaknya sendiri, Qaisara Seyit Kara, 4, kelak mahu berkecimpung di bidang sama, dia amat mengalu-alukannya.

“Cuma, saya akan tekankan pada dia menulis bukan untuk glamor. Dia harus mempunyai ilmu untuk menulis, bukan sekadar penulisan kosong membelai dan mempermain jiwa. Dia harus rajin memerhati, membaca, meneliti dan berfikir dengan secara kritis dan kritikal.

“Tetapi kalau boleh saya mahu dia menghafaz al-Quran seperti bapa saudaranya seorang hafiz,” katanya.

Bidang penulisan adalah bidang yang sangat berisiko dan tiada jaminan pasti. Sebab itu kata Norhayati, sekiranya di peringkat awal, jangan terlalu mengharap imbuhan. Imbuhan akan mula kita nampak selepas buku ketiga dan seterusnya.

“Sekarang ramai yang menelefon ke syarikat saya mahu menghantar manuskrip dan belum manuskrip dihantar sudah bertanya pasal royalti. Bukan tidak boleh bertanya tetapi kadang-kadang mereka menyangka akan cepat mendapat duit dengan menulis sebuah novel.

“Apabila dijelaskan royalti hanya dapat diberi selepas enam bulan atau setahun buku itu dipasarkan, ramai yang kecewa. Tetapi itulah hakikat dalam dunia penerbitan yang sebenarnya. Sebab itu, saya katakan, penulis perlu bersedia secara mental, hadiri kursus penulisan yang boleh memberi kita banyak
input dan perkongsian ilmu,” katanya.

Ada penulis baru yang tertekan kerana tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga mereka tetapi bagi Norhayati, itu bukan masalah besar.

“Sokongan keluarga saya biasa saja, ada yang tidak membaca pun karya saya kecuali seorang kakak bernama Mijah, seorang guru. Dia akan membaca setiap buku dan mengulas serta memberi komen mengenainya.

“Mungkin kami berkongsi minat yang sama, dia pernah menulis dan beberapa karya tersiar di Radio Malaysia Melaka pada 90-an dahulu.

“Penulis harus dikenali melalui penulisannya dan kerana itu dia digelar penulis atau novelis. Pada pendapat saya, penulis tidak sama dengan golongan pelakon atau penyanyi, maka tidak perlu pakej cantik atau menarik tetapi yang perlu adalah ketajaman fikiran dalam menzahirkan ia ke dalam penulisan.

“Peribadi juga harus selaras dengan apa yang kita tulis. Ada sesetengah penulis muda menulis mengenai hadis, menulis buku islamik tapi peribadi tidak berjaga.

“Tetapi ada juga penulis baru yang baik, mahu membaca, mengkaji novel penulis lain, tidak berhenti membaca dan tidak berhenti berusaha.

“Cuma sayang, penulis yang sebegini jarang dipandang,” katanya.

Untuk kekal kukuh di persada dunia penulisan, bukan perkara enteng bagi Norhayati. Dia tidak sepanjang masa bertilamkan ros dan melalui jalan mudah sepanjang masa.

“Cabarannya teramat besar, apatah lagi bila terbabit dalam penerbitan. Saya tidak menghadapi masalah dengan pembaca kerana mereka sentiasa menyokong dan berada di sisi saya susah dan senang.

“Cabaran yang memerlukan kekuatan mental, kesabaran dan kebijaksanaan dalam melaluinya ialah di luar

ruang lingkup penulis dan pembaca. Umpamanya cabaran sesama penulis, pengedar dan kedai buku. Begitu rencahnya apabila kita masuk ke dunia perniagaan,” katanya.

Norhayati menubuhkan Syarikat NB Kara pada 2004 dan katanya, ia lebih kepada kepuasannya sendiri serta mahu melangkah setapak lagi di bidang penerbitan.

“Melalui NB Kara, saya tekad untuk mengeluarkan buku yang bermutu yang boleh dijadikan terapi minda bagi mengatasi lambakan novel yang ditulis hanya semata-mata mengejar keuntungan,” katanya.

Melalui NB Kara, Norhayati menyasarkan untuk menerbitkan 10 hingga 12 novel penulis lain setiap tahun.

“Untuk mendapat manuskrip yang baik amat susah. Saya memang cerewet dalam perkara ini. Terlalu banyak manuskrip yang sampai ke tangan kami tetapi ceritanya hampir sama.

“Putus cinta, kecewa atau kahwin paksa, seperti kelangsungan hidup ini hanya berkisar perkara itu saja. Terlalu luas alam penulisan untuk kita terokai. Semuanya akan datang sekiranya kita rajin membaca dan mencari ilmu sepanjang masa,” katanya yang mengakui akan terus menulis selagi Allah memberikannya idea.

Novel keluaran NB Kara boleh didapati di kedai buku seluruh negara termasuk rangkaian Kinokuniya dan MPH.

PROFIL
NAMA: Norhayati Berahim
TARIKH LAHIR: 26 Mac 1966
ASAL: Bukit Katil, Melaka
KELULUSAN: Bacelor Sains Pembangunan Manusia, Universiti Putra Malaysia
HOBI: Mengembara, membaca dan menanam bunga
NOVELIS KEGEMARAN: Arenawati
SUAMI: Seyit Kara, 53 (berasal dari Turki)
ANAK: Qaisara Seyit Kara, 4 tahun


******************************

   Walaupun saya sebenarnya bukanlah penggemar novel. Saya hanya menjadi peminat novel sekitar usia awal dua puluhan, barangkali banyak masa lapang dan banyak cuba mendapat 'feel' bercinta. Selepas berkahwin, lagilah tiada masa. Dan sekarang, banyak tumpuan dan masa saya dihabiuskan dengan kerjaya, rumahtangga dan research untuk penulisan. Namun nama Puan Norhayati Berahim adalah nama yang saya kenali. Pernah membaca buku novelnya, dan tidak menyangka begitu banyak sekali novel yang pernah ditulisnya. Saya sekadar pernah membaca beberapa buah sahaja.

   “Bukan gelaran atau anugerah dimenangi yang dinilai sebagai bukti kejayaan seseorang penulis itu. Kadangkala buku laris yang ada di pasaran amat menyedihkan, penuh dengan tulisan ‘sampah’, tatabahasa yang tunggang-langgang atau cerita khayalan kahwin paksa.

“Bagaimana mahu mendidik pembaca kalau kita sebagai penulis mengajar pembaca dengan cerita khayal yang begitu memualkan. Senario ini sering membuat saya terfikir, ke mana arah penulisan kita satu hari nanti?

“Penulis pula berbangga kerana buku mereka laris sedangkan tanpa sedar, mereka memberi kerosakan pada arah tuju penulisan tanah air,” katanya. (Puan Norhayati )


    Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Puan Norhayati.  Sebagai penulis, bukanlah anugerah atau gelaran yang meletakkan penulis sebagai idola dalam mendidik masyarakat. Kita tidak boleh meletakkan kisah khayalan yang memualkan semata-mata. Novel biarlah memberi pendidikan kepada pembaca. Konsep K-novel (knowledge novel) ingin saya terapkan dalam setiap novel saya, Insya_Allah.


   “Saya amat pantang pada orang yang tidak suka membaca. Membacalah walau bungkusan nasi lemak yang sedang kita makan, mungkin dari situ dapat kita kutip sesuatu,” katanya. (Puan Norhayati)


   Saya menyokong penuh apa yang dikatakan Puan Norhayati. Tanpa pembaca, ceteklah ilmu. Saya dapat merasakan sejak menjadi penulis, saya lebih kerap membaca, kerana saya memerlukan informasi dalam menghasilkan penulisan saya. Saya tidak mahu sekadar menghidangkan cerita tanpa maklumat dan informasi. Pada saya, menghasilkan uku tanpa info seumpama hanya memakan nasi tanpa hidangan lauk.



Thursday, October 7, 2010

Teater Tun Dr Mahathir.. Best



   Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apatah lagi tarian.. saya tidak suka melihat rancangan seumpama ini. Melihat orang terkinja-kinja menari, hmm, just not me. Bukannya sebab cuba 'bersikap' alim kucing cuma itulah saya sejak dahulu lagi. Kalau zaman budak-budak lagi, masa itu fun fair, saya hanya bertahan menonton 3-4 lagu, dan terasa mahu pulang. Saya tidak selesa duduk-duduk di rumah / bangku dengan ramai orang menjerit sebab saya allergik sekali dengan bunyi orang menjerit! (murid saya tahu sangat kalau kelas mereka bising sebelum saya mengajar atau baru masuk, mereka akan kena berdiri sampai semuanya senyap) Entahlah! Saya pening apabila berada dalam suasana bingit! Di rumah pun, saya tidak akan menonton Akademik Fantasia, Mari Berdansa dan sebagainya.. it's just not me! Jadi bayangkanlah bagaimana mahu mendorong orang seperti saya, yang tidak suka program nyanyian dan tarian melihat teater musikal.. Hah! pelikkan?

Apakah yang mendorong saya ke sana?
1.Tetapi saya memang ber'hantu' sekali dengan Tun Dr.M. Saya bangga sekali dengan 'bapa pembangunan moden' ini. Saya suka idea Tun. Saya mengikuti sejarah Tun dari segenap segi. Dibandingkan dengan Pm yang lain, yang tidak begitu saya kenali. Saya membesar semasa pemerintahan Tun. Jadi saya dapat mengikuti semua perkembangan negara yang mendewasakan saya! Jadi berpeluang menonton sejarah diri Tun, tentulah sesuatu yang menyeronokkan.

2. Istana Budaya: saya juga selesa dengan IB, maklumlah sebuah panggung bertaraf antrabangsa. Kali ini merupakan kali kedua saya ke sana. Kali pertama apabila menonton Konsert  Dato' Siti Nurhaliza! Itupun sebab minat dengan Siti dan kawan yang mengajak sangat! he he..

  Cadangan: jika memilih tempat di IB, sebaliknya pilihlah di Grand Stand, di bahagian tengah terbaik, tetapi di kiri kanan pun okay. Grand stand bermakna di bahagian tingkat pertama. (bawah, grand dan tingkat dua) Jika berada di bahagian bawah, jika ada persembahan bermula dari pintu ( diadakan untuk gimik dan sebagainya, anda tiadk berpeluang melihat di bahagian bawah. Jika di tingkat 2 juga, pentas kelihatan kecil... dan tidak berpelung melihat lakonan/ gimik yang bermula di bahagian pintu)

3. The show: fantastik, fun, musik hebat.. bak kata amatur macam saya ni: two thumbs up!! bagus. The skrip are briliant... the ideas mencakupi bahagian sejarah, kisah cinta (romantik)..  perjalanan ceritanya tidak menjemukan.. alangkah bagusnya sekiranya teater ini diteruskan nanti ketika murid spm tamat peperiksaan! Memang best.

4. Menonton teater ini merupakan salah satu cara mudah memahami sejarah perkembangan negara. Dan untuk individu yang tidak memahami sejarah, menontonnya memudahkan cara kerana penerangannya jelas. Contohnya diterangkan tentang Malayan Union (untuk yg tidak memahaminyalah) Cara menyusun prop dan sebagainya, teratur dan tidak mengganggu stage langsung. Seandainya berpeluang saya pasti akan menonton lagi dan lagi dan lagi dan lagi!

5. Cuma saya rasakan cafe IB patut dimajukan lagi. Untuk mencapai dan mengekalkan taraf antarabngsa, cafe sebegitu tidak cukup untuk 'dilabel sebagai antarabangsa'. Harapnya pengurusan IB akan melakukan sesuatu tentang hal ini. Jika struktur cafe diubah, saya percaya lebih ramai lagi orang akan singgah makan di situ!

6. Agak kecewa kerana CD lagu yang dibeli tidak dinyanyian oleh penyanyi asal teater. Di pentas, nyanyian antaranya, nyanyian Erra, but Cd nyanyian orang lain. Kurang sedap dibandingkan dengan  nyanyian Erra sendiri!

Over all: Two thumbs up!!

Tuesday, October 5, 2010

Aduhai manuskrip

  Minggu ini agaknya tidak berganjaklah manuskrip saya. perlu melibatkan diri sebagai pegawas PMR. Rela dalam paksa. Kata orang, satu tanggungjawab. Memang iya jugalah. Apabila nama sudah naik sebagai pengawas, tidak boleh tidak, apa mau buat. Sebenarnya sama seperti ke sekolah jugalah, cuma ke sekolah, jam 2 petang, sudah boleh 'chow'..ini sampai petang, balik rumah sudah penat.. menulis pun tidak dapat lagi sebab mata pun sudah kuyu... walaupun idea banyak bertakung dalam kepala, mata tak boleh buka....

    Pagi pulak, perlu keluar lebih awal, kalau biasa, jam 7 pagi, saya baru keluar, ini jam 6.40 pagi, sudah pun bertolak.. di sana pulak, tak boleh buat kerja sangat pun.... kena berdiri, isi borang sana-sini.. maklumlah, nama pun mengawas peperiksaan. Mana mungkin, boleh duduk dan menaip manuskrip! cantiklah kalau boleh berbuat demikian!

   Malam esok ke Istana Budaya, menonton Tun Dr M, my idola.. teater.. saya tak minat pun teater ni, tapi sebab ini adalah musical teater, okaylah kot... lagi pun kisah agung Tun Dr.M yang saya kagumi, sayangi, dan banyak2 yang tak teristilah...  saya gerenti tidak mahu melepaskan peluang kekemasan ini.

Tuesday, September 28, 2010

Menanti November

   November adalah bulan yang paling dinantikan. Tanyalah mana-mana guru pun (kata sesetengah orang, tak boleh sebut guru. Dengan menyebut guru, individu itu hanya mengajar. Perlu kata pendidik, maknanya mendidik. Pada saya, saya suka gunakan istilah guru. Mengajar, mendidik, semuanya diborong sekali. Pekerjaan guru ini datangnya dengan pakej. Mana boleh kata, guru hanya mengajar sahaja. Kadangkala menjadi mak orang, bapa orang, kakak, adik, dan nenek-nenek orang (sebab berleter juga) he he) november merupakan bulan yang seronoknya tak terhitung...  menanti cuti panjang yang betul2 tak ada kerja (kecuali guru yang menjadi pemeriksa kertas SMP/ STPM atau menjaga peperiksaan SPM atau STPM); Mereka perlu bekerja. semasa cuti)Kepada saya, masa ini saya boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap manuskrip saya.
    Cuti panjang seperti ini sahaja, saya 'free' dari sebarang marking kertas peperiksaan. Boleh mencari ilham untuk buku/ manuskrip baru yang sudah mulai muncul idea itu.. Almaak: yang ketiga ini pun tak boleh bergerak banyak. Minggu ini perlu marking kertas peperiksaan. Kemudian bersedia untuk Bengkel SPMc sejarah. Tahun lepas, bengkel ini berjaya menaikkan kualiti A dalam spm. Maklumlah satu hari dalam dewan. Sama-sama analisa tajuk2 penting, mempelajari teknik back-up dan menjawab seberapa banyak soalan-soalan.
    Menanti Nov. bagaikan bakal pengantin yang menanti hari perkahwinan. Berdetik, gugup dan membayangkan yang indah-indah. Sebenarnya, seorang yang bakal berkahwin tidak hanya patut bersedia unytuk menemui yang indah-indah sahaja. Banyak yang tidak 'indah' juga dalam perkahwinan.. he he.. Saya hanya memasang telinga akan cerita junior saya mengenai kursus perkahwinan. Yang celeknya, kursus hanya banyak menyentuh aspek "sex" dan "yang seronok sahaja"... Kalau pasal "sex", pada saya, tak payahlah nak cerita panjang lebar, monyet yang tak belajar pun, tahu bagaimana aplikasinya. Tekankan aspek tanggungjawab, toleransi, dosa dan pahala seorang isteri dan suami. Ramai isteri tidak taat 100% kepada suami. Begitu juga suami. Ramai yang tidak bertanggungjawab. Sebab itulah kadar penceraian meningkat tinggi. 
    Mungkin plan ke Terengganu. Best makan nasi dagang. Yang penting, ke Tasik Kenyir lagi.. hu bestnya.

Tuesday, September 21, 2010

Rojak buah...

   Apabila bermulanya persekolahan, bermakna bermulanya kehidupan rojak kembali: lebih tepat lagi: rojak buah. Dalam rojak ini biasanya ada rasa masam, manis, pedas dan ada tempat yang rasa garam. Seperti kehidupan juga, ada semua rasa. Dalam kemasaman, ada masin, tetapi masih lagi sedap sebab ada masanya akan tergigit akan buahan yang rasanya manis bersari. Dalam diam, akan habiskan sepinggan rojak buah. Itulah juga namanya kehidupan.. kehidupan saya okay.. sempurna, walaupun ada cacat cela di sana sini.. dan alhamdulillah.. ada dua kaki untuk berjalan, bermata untuk melihat.. ada mulut untuk berbicara : sempurna bagi saya, dan bersuami yang saya harapkan 100% cintanya untuk saya.. he he.

    Ada teman saya yang kehilangan suami, ada yang cantik-sempurna belum bertemu idaman hati.. pada saya, apa yang saya ada, saya syukuri...

    Murid saya di tingkatan 5 akan mulai kertas periksaan esok hari  Pertamanya : Lega sebab saya sudah tamatkan sukatan dan sesi ulangkaji. Yang selebihnya: perlukan usaha mereka. kalau yang jenis 'bebal', apa pun tidak mahu lakukan, 'terpulanglah'... sebagai guru, boleh menasihatkan, 'debik' sikit-sikit kalau perlu, tapi kalau 'bebalisme' tu, biarlah.. apalah daya kita. Saya suka sangat apabila ada murid yang berkata tadi, "cikgu, we come purposely for you.." faham sangat ayat membodek ni, sebenarnya mereka benar2 mahukan tips terkahir saya.  he he.. saya katakan, saya sudah beri 20 tajuk untuk dibaca ( 9 yang betul + dummies) itupun sudah kurang 50% daripada sub tajuk yang benar-benar mereka perlu baca dan bersedia untuk SPM. Okaylah tu.

    Yang kedua lega: tak payah bercakap banyak lagi. Hanya tinggal tingkatan 4 sahaja: masih bergelut dengan sukatan dan latihan.. he he.. itupun tidak lama lagi.. lagi dua bulan ( +-) sebelum bercuti panjang.. dan saya masih lagi bergelut dengan manuskrip ketiga untuk dihabiskan sebelum november.. sempatkah saya dengan dateline sendiri ni?

    Selalunya cerita based on satu hero dan satu heroine, kali ini, letak banyak hero dan heroin.. he he.. cari kelainan. Macam mana ceritanya, ala.. tak payah berpukul gendang sendiri dulu, biat tamat dulu ceritanya...kali ini tak mau sedih-sedih macam cerita nonbor 2 saya: "Cinta sikunang-kunang : memang giler dengan airmata.. (kalau anda tak menangis membacanya, menag sah anda yang giler.. he he he )